Dulu suka gelar menteri PH macam-macam, sekarang rasakan

Dulu suka gelar menteri PH macam-macam, sekarang rasakan

Peribahasa Melayu: “Pulang paku buah keras” bermaksud memulangkan semula kata-kata atau sindiran yang dikatakan oleh orang yang mengata-ngatanya dahulu. Biasanya digunakan untuk menyedarkan orang tersebut supaya sedar diri. Dulu seronok mengata dan menyindir orang lain. Sekarang bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu tinggi rendah duduk perkara sebenar.

Dalam dunia politik negara kita sekarang, peribahasa tersebut sering diaplikasi dalam post² politik tetapi ramai yg tak perasan.. Bagi nak mudah faham, kita bagi contoh:

Dulu semasa PH memerintah seronok mengata menteri kasut hitam.. Nah skrng pelbagai jenis menteri telah muncul; menteri air suam, menteri tutup twitter, menteri mewa, menteri doraemon, menteri atas dahi, menteri duta timur tengah, menteri tik tok, menteri kedai gunting, menteri GLC dll… Kenapa disebut² nama menteri itu dimedia sosial? Jawabnya itu hanyalah ‘pulang paku buah keras’ saja. Supaya sahabat politik lawan sedar dan muhasabah diri… Supaya mereka dapat beza antara realiti dan retorik politik. Jangan sedap sangat mengata orang…

Contoh lagi.. Dulu seronok mengata kerajaan PH. Apabila berlaku kemalangan disebabkan pemandu mabuk atau LGBT atau isu arak… Terus saja keluar kenyataan ‘Islam terancam’ di zaman PH. Menteri agama tak buat kerja? Ini semua salah DAP……

Nah sekarang apabila kamu berkuasa kemalangan pemandu mabuk semakin kerap berlaku. Bukan setakat pondan saja bahkan ada pondan mabuk serang pegawai kesihatan. Pesta maksiat berlaku bahkan berjoget sambil minum arak atas jalan. Arak terus diedarkan wlpn dimusim PKP.. Di mana suara² kamu dahulu yg mengatakan Islam terancam ? Masih salah DAP lagikah? Kenapa senyap ? Sembunyi dalam gua ? Dah jadi syaitan bisu?. .. Itu hanya ‘pulang paku buah keras’. Lain kali jgn sedap mengatakan orang… 😬

Namun setengah orang dia tak faham dan sedar. Mungkin ada kemewaannya kat situ atau jenis lurus bendul dan sudip kayu..