‘Dunia tak lama dah’, muncul sungai di gurun paling kering dan panas didunia

Oleh NADIA HARON

Gurun Sahara yang kering di bahagian tenggara Maghribi merupakan salah satu tempat paling gersang di dunia

Dan sangat jarang mengalami hujan pada akhir musim panas.

Pada kebiasaannya, padang pasir tersebut menerima hujan kurang daripada 250 milimeter setahun.

Namun, ribut yang berlaku baru-baru ini telah membawa lebih banyak hujan di gurun itu berbanding beberapa dekad lalu.

Akibatnya, sungai dan lagun muncul, sekali gus mengubah geografi Gurun Sahara yang merupakan salah satu kawasan paling kering di dunia.

'Dunia tak lama dah', muncul sungai di gurun paling kering dan panas didunia

“Kami pernah mengalami keadaan seperti ini (hujan lebat) dalam tempoh singkat, tetapi ia berlaku lebih 50 tahun lalu,” kata Pengurus Komunikasi Jabatan Meteorologi Maghribi, Houssine Youabeb.

Sementara itu, di perkampungan Tagounite yang terletak kira-kira 451 kilometer ke selatan Rabat, lebih 100 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam.

BACA: Akhirnya terjawab sebab apa gula pasir kurang dalam pasaran Malaysia, wanita ini dalangnya?