Dunia tiada “Leadership” dalam perang melawan Covid-19

Dunia tiada “Leadership” dalam perang melawan Covid-19

Bila kita menonton filem, ketika dunia diancam dengan malapetaka, baik serangan makhluk asing atau bencala alam, maka digambarkan bahawa para pemimpin dunia akan bersatu berjuang menyelamatkan dunia. Hakikatnya, perkara itu tidak berlaku di alam realiti. Krisis Covid-19 telah membuktikannya.

Serangan jangkitan Covid-19 adalah global pandemic. Dunia perlu menanganinya bersama atau tenggelam bersamanya. Kita ibarat berada dalam sebuah kapal yang besar. Tidak ada mana-mana bahagian dalam kapal itu yang selamat sekiranya kapal itu sendiri tidak selamat. Kapal itu tidak mungkin boleh selamat sekiranya setiap bahagian kapal hanya sibuk menyelamat bahagian masing-masing sahaja, tanpa ada yang melihat kepada keseluruhan kapal. Inilah ‘leadership’. Inilah yang tidak ada di peringkat dunia sekarang di dalam usaha memerangi Covid-19.

Krisis Covid-19 bukan sekadar krisis kesihatan sahaja, tetapi ia bakal merebak menjadi krisis ekonomi, sosial, politik, dan mungkin keselamatan di dunia.

Tanpa ‘leadership’ yang berkesan, dunia boleh berada dalam keadaan bahaya.