Ejen insurans dari neraka! Berjaya kutip ‘RM90000’ dengan menipu klien sejak 2012

Oleh NADIA HARON

Pada hari ini, insurans telah menjadi satu keperluan penting kerana ia dapat membantu meringankan beban kos rawatan yang semakin meningkat setiap hari.

Bagaimanapun, berurusan dengan ejen insurans yang bertauliah dan boleh dipercayai adalah perkara yang sangat penting

Ini kerana mereka dapat membantu kita menguruskan insurans dengan lancar apabila tiba masanya.

Ejen insurans dari neraka! Berjaya kutip 'RM90000' dengan menipu klien sejak 2012

Baru-baru ini, satu kisah di media sosial menjadi viral di mana seorang wanita telah diperdaya oleh ejen insurans sendiri sejak tahun 2012. Beliau hanya sedar telah ditipu pada bulan Februari 2024 yang lalu.

Menurut Nurfarahin, beliau mula menyedari apabila pihak hospital menolak penggunaan insuransnya ketika beliau memerlukan rawatan.

“Saya telah membeli insurans sejak tahun 2012 dan telah membayar hingga Disember 2024 tanpa gagal kepada ejen.

“Namun, malangnya, pada Februari 2024, saya mengalami serangan jantung. Hospital menolak penggunaan insurans dan saya terpaksa menggunakan wang sendiri,” jelas Nurfarahin.

Beliau menerangkan bahawa beliau telah menghabiskan lebih daripada RM93,800 untuk prosedur rawatan di beberapa hospital swasta.

Nurfarahin juga menyatakan bahawa bukan hanya polisi insuransnya yang ditipu, tetapi polisi untuk suaminya dan anak kecilnya juga disalahgunakan oleh ejen tersebut.

Beliau awalnya tidak menyedari penipuan tersebut kerana ejen tersebut mempunyai cara yang sangat kemas dan dipercayai.

“Sejak anak dilahirkan, saya telah membeli insurans untuknya. Tiba-tiba selepas setahun, semua polisi telah luput tetapi ejen masih meminta pembayaran insurans tanpa segan silu.

“Apabila saya tidak sempat membuat bayaran, dia datang untuk menegur, tanpa rasa bersalah.

“Dia juga menggalakkan saya untuk membeli hibah. Dia minta saya datang ke pejabat untuk melihat penawaran, dan menandatangani perjanjian dalam pejabat rasmi. Semua ini membuat saya rasa tertipu. Laman web/quotation/dokumen tidak sah yang digunakan untuk menipu. Bayaran premium diambil tetapi hibah yang dijanjikan tidak pernah diberikan,” keluh Nurfarahin dengan kesal.

Laporan polis telah dibuat dan wanita terbabit telah diminta untuk membayar ganti rugi, tetapi jumlah yang ditawarkan masih tidak mencukupi.

Difahamkan wang simpanan, barang kemas, dan ASB telah digunakan untuk bayaran perubatan yang tidak sepadan dengan bayaran insurans yang diterima.

Lebih menyakitkan, wanita terbabit memberitahu Nurfarahin bahawa segala-galanya adalah takdir Tuhan dan sudah tertulis.

“Kenyataan ini membuatkan saya berfikir, siapa yang mangsa dan siapa yang menganiaya? Begitu hina ayat-ayat ini keluar dari mulut penipu yang berpura-pura beragama.

“Penipu akan tetap penipu, dan saya yakin tidak hanya saya yang menjadi mangsanya. Saya berharap lebih ramai lagi yang sedar dan bangkit menuntut keadilan.

“Jika di dunia ini penipu merasa bebas, ingatlah akhirat menunggu,” tegasnya.

BACA: “Perempuan tu suami cakap ‘freelance’, dia takda hubungan dengan perempuan tu, dia bayar RM800 untuk servis