Ekonomi masih belum stabil, wajarkah moratorium dilanjutkan?

Ekonomi masih belum stabil, wajarkah moratorium dilanjutkan?

Lagi beberapa bulan, tempoh moratorium bakal berakhir. Perkara ini menjadi kegusaran kepada segelintir masyarakat ekoran keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.

Rata-rata rakyat Malaysia berpandangan moratorium ini wajar dilanjutkan kerana mereka masih lagi rasa terbeban terutama yang terkesan apabila sumber pendapatan mereka terjejas ekoran pandemik Covid 19.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan turut melihat tempoh enam bulan tersebut belum mencukupi untuk menstabilkan aliran tunai yang terjejas.

Malah, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor juga menyatakan sekiranya tempoh moratorium ini dipanjangkan, ia akan memberi manfaat kepada lebih 14 juta pekerja membabitkan sektor kerajaan, swasta dan bekerja sendiri.

Pada pendapat anda, adakah perlu moratorium dilanjutkan kepada semua atau mereka yang terkesan sahaja? Adakah perlu syarat untuk mereka yang ingin melanjutkan tempoh moratorium ini? Nyatakan pandangan anda di bawah.

Sumber: