Pemilihan jenis lampu kereta yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin meningkat.
Selain berisiko dikenakan saman, lampu yang tidak memenuhi peraturan boleh mengganggu pengguna jalan raya.
Untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini, anda dilarang menggunakan jenis lampu kereta seperti yang dinyatakan di bawah:
1. Lampu HID (High-Intensity Discharge)
Lampu HID yang dipasang tanpa kelulusan JPJ atau yang mempunyai keamatan melebihi 4300K boleh menyebabkan saman.
Lampu jenis ini menggunakan gas Xenon yang mampu menghasilkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding lampu halogen.
2. Lampu LED yang tidak sah
Penggantian lampu halogen dengan lampu LED tanpa kelulusan adalah tindakan yang boleh diambil, terutamanya jika ia mengganggu pandangan pemandu lain kerana silau yang berlebihan.
3. Lampu strobe atau lampu berkelip
Penggunaan lampu jenis ini tidak dibenarkan, kecuali untuk kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis, atau bomba. Kebanyakan pengguna jalan raya mengubah suai lampu brek biasa kepada lampu brek berkelip, yang juga salah di sisi undang-undang.
4. Lampu belakang berwarna
Menggantikan lampu belakang dengan warna selain merah untuk lampu brek, dan amber/oren untuk lampu isyarat membelok adalah melanggar undang-undang.
5. Lampu tambahan (spotlight)
Pemasangan lampu tambahan seperti spotlight atau lampu bar LED tanpa kelulusan JPJ juga boleh dikenakan saman.
Perlu diingatkan bahawa penggunaan lampu spotlight kereta hanya dibenarkan untuk kenderaan 4×4 dan digunakan semasa aktiviti off-road sahaja.
Oleh itu, pengguna kenderaan diharapkan dapat mematuhi peraturan dan menggunakan jenis lampu kereta yang dibenarkan oleh JPJ sahaja.
BACA: Pak arab dekati Zhiddin Aziz, ajak lakukan hubungan sejenis di Mekah