Sedia maklum, aplikasi Instagram kini mempunyai fungsi baru di mana pengguna boleh berkongsi lokasi mereka secara langsung melalui aplikasi tersebut.
Walaupun fungsi ini dicipta untuk memudahkan rakan-rakan mengetahui lokasi kita secara real-time, ramai yang berpendapat bahawa fungsi ini boleh menjadi bahaya.
Ini kerana jika pengguna mengaktifkan live location, orang ramai boleh mengetahui secara terperinci kedudukan rumah serta lorong tempat tinggal kita.
Untuk menjaga keselamatan diri, berikut adalah cara yang boleh dilakukan agar live location tidak diketahui oleh orang awam:
Buka peta yang terletak di sebelah nota anda dan klik pada peta tersebut.
Selepas itu, anda boleh pilih sama ada untuk tidak berkongsi lokasi (not sharing location) atau berkongsi lokasi (sharing location).
Jika anda memilih untuk tidak berkongsi lokasi, aktifkan mode tersembunyi (invisible mode) atau sembunyikan lokasi anda (hide your location).
Langkah terakhir, klik ‘update’ untuk memastikan pilihan tersebut aktif.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat menjaga keselamatan anda dan memastikan lokasi anda tidak diketahui oleh orang ramai.