Elak jadi mangsa penipuan jualan online, ini 7 tip daripada PDRM tapi no.2 tu ramai masih buat lagi.
Pada hari ini, semakin ramai gemar membeli-belah secara dalam talian.
Ia merupakan antara kemudahan pada era moden tanpa perlu kita hadir secara fizikal ke pusat membeli belah terutama pada waktu promosi.
Namun, platform yang sedia ada ini juga akan ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan seperti ini.
Apa yang anda perlu elakkan daripada jadi mangsa penipuan? Di sini kami kongsikan daripada PDRM langkah-langkah bijak membeli barangan secara dalam talian.
1. Membeli Melalui Laman Web Yang Mempunyai Sekuriti
Sekiranya anda akan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat dan nombor kad kredit dengan sebuah syarikat, pastikan maklumat anda dilindungi dengan selamat oleh laman web tersebut.
Bagaimana anda tahu laman web tersebut adalah selamat?
Semasa memasukkan maklumat kad kredit anda, terdapat dua tanda perlu dicari. Pertama, cari alamat yang mempunyai “https:” pada awalan dalam bar URL. “https:” melambangkan bahawa laman web tersebut adalah selamat dan maklumat anda akan kekal rahsia.
Banyak laman web juga mempunyai simbol kunci yang tertutup dalam bar alamat mereka untuk menunjukkan bahawa laman web mereka adalah selamat.
2. Semak Penilaian Kedai/ Perniagaan Online
Ulasan atau skala markah daripada pihak ketiga dapat memberikan panduan kepada pembeli.
3. Simpan Resit Pembelian Dan Periksa Pembelian Semasa Penghantaran
Selepas membeli sesuatu barangan, pastikan anda menyimpan segala resit digital sebagai bukti pembelian.
Walaupun platform online menyimpan resit-resit ini secara automatik, anda dinasihatkan supaya menyimpan rekod-rekod tersebut bagi memudahkan anda untuk membuat rujukan atau memasukkan maklumat pencukaian dan menebus sesuatu jaminan.
4. Lokasi Dan Masa Penghantaran
Semak tempoh penghantaran dan masa yang diiklankan oleh penjual bagi memudahkan anda menerima barang mengikut masa yang telah ditetapkan.
5. Layar Melalui Sambungan Selamat
Sewaktu membeli belah secara online, anda seharusnya melakukannya melalui secured network dan elakkan untuk melakukan pembelian menggunakan komputer yang dikongsi.
Selain itu, jangan melakukan pembelian online menggunakan sambungan WiFi percuma seperti di kafe atau tempat awam.
Sambungan Wi-Fi di tempat awam adalah lebih berisiko kerana sesiapa sahaja yang berada di lokasi sama boleh memantau maklumat yang anda masukkan seperti maklumat perbankan atau kad kredit anda.
Oleh itu, buat pembelian online dan semua aktiviti perbankan dalam talian melalui sambungan internet yang selamat, seperti di rumah anda.
6. Kaedah Pembayaran
Kad kredit adalah salah satu cara pembayaran paling selamat untuk pembayaran secara online. Pembayaran melalui cara ini meninggalkan rekod dengan bank dan sentiasa dilindungi daripada pembayaran yang tidak sah atas akaun anda.
Pastikan anda sentiasa memeriksa penyata kad kredit anda supaya tiada caj yang bukan kehendak anda dikenakan atas akaun anda.
Cara ini boleh membantu anda untuk mencari kesilapan anda dalam pembelian secara online.
7. Pastikan Syarikat Jualan Mudah Dihubungi
Untuk mengetahui sama ada syarikat itu sah, perlu mendedahkan lokasi fizikal mereka dengan alamat sebenar sama ada cawangan runcit atau lokasi ibu pejabat.
Ketahuilah bahawa jika anda memilih pilihan chat berbual untuk bantuan pelanggan, anda berkemungkinan berbual dengan robot, jadi pastikan bahawa soalan-soalan anda dijawab sepenuhnya dan ia adalah yang terbaik untuk mencatatkan perbualan itu.
Berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang hanya boleh dicapai melalui borang kenalan.
Tip PDRM beli barang online
Sumber: FB PDRM
Jadilah pengguna yang bijak dan sentiasa berhati-hati ketika melakukan urusan jual-beli secara dalam talian. Laporkan segera di balai berhampiran jika anda menjadi mangsa penipuan.
BACA: