“Entah sampai bila saya akan balik kampung lagi, masih terngiang-ngian suara adik bongsu tak puas ahti dengan saya jadi punca tak balik kampung”

Oleh NADIA HARON

Assalamualaikum semua pembaca. Saya pernah meluah di sini dua tahun sudah berkenaan perasaan kecil hati saya terhadap adik – adik

saya yang suka menyindir dengan kata – kata yang menghiris perasaan saya sebagai kakak yang sulung sewaktu pulang beraya ke rumah pusaka arw4h orang tua kami tempohari.

Ramai yang komen beri nasihat agar saya tidak lagi beraya dengan mereka. Memang saya ambil tindakan yang sedemikian rupa.

Tahun lepas saya beraya di rumah sendiri. Kemudian keluarga kecil saya beraya pulak ke negeri lain berjumpa keluarga menantu saya.

Walaupun pada hakik4tnya adik – adik saya ada datang beraya ke rumah saya kerana mereka beraya dengan mertua masing – masing

"Entah sampai bila saya akan balik kampung lagi, masih terngiang-ngian suara adik bongsu tak puas ahti dengan saya jadi punca tak balik kampung"

Ada yang juga tinggal di sekitar Klang Valley, saya tetap layan mereka seperti biasa. Bak kata pepatah “air dicincang takkan putus”

Tahun ini, sekali lagi saya beraya di rumah sendiri, walaupun adik – adik saya pulang ke kampung halaman kami untuk beraya bersama – sama. Anak – anak saya juga hairan kenapa ibu mereka enggan pulang ke kampung.

Lantas saya terangkan hal duduk sebenar apa yang terjadi tentang perasaan kecil hati saya atas cara mereka melayan saya sebagai kakak sulung merangkap pengganti arw4h ibu kami pada raya dua tahun sudah. Walau bagaimana saya rindu untuk pulang beraya di kampung beramai – ramai,

Namun perasaan “f0bia” sentiasa mengh4ntui saya kerana sifat kritikal adik – adik saya yang suka komen perkara – perkara yang tidak nampak molek pada pandangan mereka tanpa memikirkan sensitiviti perasaan kakak sulung mereka ini.

Saya sentiasa berperasaan rumah saya tak cukup bersih, tak cukup kemas dan tak cukup cantik dekorasinya di mata mereka. Sedangkan suami saya sangatlah santai orangnya, langsung tak ambil pot kalau saya tak pernah tukar susun atur ruang tamu ke, atau menukar alas meja sedia ada ke. Asalkan bersih dan sedap mata memandang, dia peduli apa.

Hakik4tnya, saya pulak yang jadi rimas dengan keberadaan suami yang terlalu rileks tak kisah apa pun. Demikian juga dengan anak – anak saya, mereka sudah dewasa, mereka ada cara mereka sendiri yang saya tidak boleh masuk campur atau mengarah tidak tentu hala sesuka hati saya.

Namun, berlainan pula dengan adik – adik saya. Ada saja yang tidak kena di biji mata mereka. Soalan – soalan seperti “cadar katil bilik atas rumah kau tu jangan lupa tukar” “langsir kau tu tak nak cuci ke?” “Sofa kau kena susun dekat sikit dengan meja kuih tu” ” eh…kenapa letak macam ni? Tak cantik lah” adalah perkara biasa bagi mereka.

Pernah saya buat makan – makan panggil adik beradik saya dan adik beradik suami, lepas mereka semua balik saya perasan pinggan mangkuk kegunaan harian saya yang saya susun di rak dalam dapur basah saya dah lesap!

Mulanya saya ingat maid saya yang pindahkan, lantas saya “membebel” mengatakan yang saya tak suka dia alih – alihkan barang saya sesuka hati dia. Namun maid saya jawab adik saya (yang memang pakar kemas rumah) yang suruh dia simpan sebab adik saya kata nampak semak letak di tempat tersebut!

Geleng kepala saya dibuatnya, sebab ini rumah saya kan? Suka hati saya lah mana nak letak barang – barang saya. Kalau saya nak letak pinggan tu dalam bilik tidur saya pun lantak pi lah bak kata orang Kedah! (Walaupun saya tak pernah buat begitu) Apa hak dia nak pertikaikan hal – hal dalam rumahtangga saya?

Masa saya duduk rumah lama pun adik saya pernah datang sewaktu saya buat kenduri dalam saya tak sedar dia pergi “kemas” rumah saya sehingga keesokan harinya saya tak jumpa barang yang saya nak guna kerana dah tak ada di tempat yang biasa saya letak!

Pembaca mungkin berfikir ” teruk sangat ke rumah dia ni sampai adiknya perlu kemaskan?” Untuk pengetahuan semua, salah satu rumah milik saya yang saya pernah duduk sebelum ini, pernah masuk majalah IMPIANA kerana kecantikan senibina dan dekorasi ala – ala Bali/tropikal. Kalau rumah saya selekeh, takkanlah boleh masuk majalah kan?

Itupun sebab kontraktor saya mendesak suruh publicise rumah saya, ikut hati saya tak kisah apa pun. Masalah adik saya sorang ni, dia memang OCD bab – bab mengemas susun atur rumah. Disebabkan itu, adik perempuan bongsu saya pun sudah terikut – ikut per4ngai kakak tengahnya.

Dia datang rumah saya raya tahun lepas dia dah “sorok” kan beg yang saya letak plastik – plastik untuk isi sampah serta plastik untuk letak bekas makanan yang saya gantung di dinding tepi pintu dapur. Bila saya perIukan beg plastik, dah satu hal pulak saya melilau satu rumah mencari ke mana perginya barang saya!

Seolahnya mereka nak rumah saya “perfect” macam rumah contoh yang kita masuk di sales gallery syarik4t perumahan yang nampak cantik je susun aturnya. Memanglah nampak cantik dan kemas sebab rumah contoh mana ada orang duduk situ kan? Adoii….

Saya kalau pergi rumah mereka, saya akan duduk di ruang tamu diam – diam dan saya cuma akan ambil makanan atau minuman setelah tuan rumah kata boleh berbuat demikian. Kalau pun saya masuk ke dapur mereka, biasanya saya akan puji kecantikan susun atur atau barang – barang yang ada di situ.

Mana yang saya rasa nampak kurang molek, saya diamkan sahaja. Itu bukan rumah kita. Kenapa perlu kita komen dengan kata – katayang boleh menyentap perasaan orang lain, wa’ima adik beradik sendiri? Saya ada cara saya, mereka ada cara mereka.

Kita horm4tilah cara masing – masing seadanya. Bak kata orang putih “agree to disagree”. Saya pernah baca seorang ustaz menulis adab bila masuk rumah orang lain, “pekakkan telinga dan butakan mata” maksudnya kita tidak perlu ambil tahu apa yang ada di dalam rumah orang yang kita lawati apatah lagi menceritakan / membuka aib mereka.

Kita patut sedar diri dan ambil tahu hak kita sebagai tetamu dan sedar hak mereka sebagai tuan rumah. Siapa kita nak tentukan susun atur rumah orang lain? Siapa kita nak komen yang bukan – bukan sedangkan tuan rumah dah cukup baik hati menjemput kita dan bersusah payah sediakan hidangan?

Saya ingat lagi kes raya dua tahun sudah bilamana adik saya memperlekehkan sambal kuah kacang saya dengan berkata “kuah kacang tu tak cukup minyak lah. Macam rupa mentah je aku tengok. Kan dah selalu buat.. takkan dah lupa kot?”

Bunyinya macam bergurau, tapi hati saya terasa bagai dihir1s – hir1s sembilu. Sedangkan saya masak benda yang sama hidang pada keluarga mertua [adik beradik, anak – anak saud4ra dan sepupu -s epapat suami] mereka tak pernah komen yang negatif.

Malah pujian melebih – lebih pulak sampai saya terp4ksa hentikan dan berkata saya pun tak pandai sangat bab – bab memasak ni. Cara mereka mengambil hati saya memang saya puji betul. Penat macamana pun saya bersilat di dapur dua hari berturut sebelum tibanya hari raya, hilang begitu sahaja bila orang lain benar – benar menghargai hasil titik peluh kita.

Saya ni jika makan di rumah orang, kalau sedap memang berbakul pujian saya berikan. Kalau kurang kena rasanya dengan tekak saya, saya akan makan sedikit sebagai syarat untuk tidak kecilkan hati tuan rumah. Kalau memang saya tidak makan jenis protein yang tuan rumah sediakan disebabkan alergi atau peny4kit merbah4ya, saya akan terangkan secara berhemah agar tuan rumah tidak berkecil hati.

Sebab itu jugalah saya tetap dengan pendirian untuk beraya di rumah sendiri. Tahun ini sekali lagi saya dikunjungi sepupu sepapat sebeIah arw4h ibu pada hari raya pertama. Mereka menjamu selera masakan saya tanpa ada kata – kata sinis yang tidak sedap di dengar.

Rakan – rakan pejabat anak saya yang berbangsa Cina turut datang beraya dan betul – betul menikm4ti juadah raya yang jarang – jarang mereka dapat peluang untuk menikm4tinya. Seronok saya tengok mereka makan nasi minyak kampung “b0doh” saya tu sampai bertambah banyak kali makan dengan rendang ayam dan sambal goreng jawa.

Sebelum pulang, berulang kali pula ucap terima kasih kerana sudi menjemput mereka. Terharu saya dibuatnya. Bukanlah saya ni ketagih pujian semata, kerana saya tahu dari riak wajah mereka, perasaan itu lahir dari hati yang ikhlas. Bak kata pepatah, orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.

Entah lah sampai bila saya enggan pulang ke kampung. Orang tua pun sudah tiada. Saya sendiri dah jadi “orang tua” Tak lama lagi nak dapat cucu.

Masih terngiang – ngiang suara adik bongsu saya yang tak puas hati dengan saya dua tahun lepas dengan berkata “Leceh lah kau ni. Semua tak betul. Macam ni tak payah balik sini pun takpe!”

Bila saya tanya padanya kenapa aircond homestay yang dia sewakan untuk saya tidak berfungsi. Dia melenting secara tiba – tiba. Makanya saya pegang “pesanan” dia tu dan saya tidak akan pulang beraya ke kampung halaman saya lagi.

Saya hanya turuti permintaan adik bongsu yang tinggal di rumah pusaka keluarga kami. Saya ni dah tua, dah banyak peny4kit. Entah esok lusa Tuhan boleh ambil semula nyawa saya. Buat apa nak “str3ss” kan diri dengan membiarkan orang lain mengh1na dan memandang rendah pada saya?

Lebih baik saya hiburkan hati cara saya dan bergaul dengan mereka yang tahu menghargai diri saya seadanya.

Kadang kala mereka yang bukan d4rah daging kita pulak yang melayan dan menerima kita sebagai sahabat mereka macam kita ni adik beradik mereka layaknya. – Cempaka Biru (Bukan nama sebenar)

BACA: “Malam sebelum kakak meninggal, dia sempat wasap minta aku datang rumah dia, bila aku sampai, anak kembar kakak menangis