Exco Pembangunan Wanita kerajaan Pas Terengganu adalah seorang lelaki. Baru perasan… EXCO Pembangunan Wanita Terengganu seorang lelaki. Hanafiah Mat.
Lelaki lantik lelaki jaga portfolio wanita.
Bahkan barisan EXCO Terengganu satu orang wanita pun tiada.
Kalau tak silap, Terengganu satu-satunya negeri di mana Kerajaannya melantik lelaki menjaga portfolio wanita. Kesemua negeri-negeri lain di Malaysia lantik wanita jaga portfolio wanita.
Ada yang mungkin katakan ini disebabkan Terengganu takde ADUN wanita.
Sebenarnya masalah ini berbalik kepada cara pemikiran & cara keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan.
Apabila pucuk pimpinan tidak merasakan bahawa wanita berkebolehan atau berupaya memimpin, maka calon wanita yang diketengahkan dalam pilihan raya menjadi kurang.
Apabila calon wanita yang diketengahkan dalam pilihan raya menjadi kurang, maka keberangkalian untuk wanita menjadi ADUN itu menjadi rendah.
Apabila keberangkalian untuk wanita menjadi ADUN itu rendah, maka keberangkalian untuk mengangkat wanita sebagai EXCO pun menjadi rendah.
Nak selesaikan masalah ini? Perbanyakkan calon-calon wanita dalam pilihan raya, maka ada lah ADUN wanita untuk dilantik menjaga portfolio wanita atau jawatan-jawatan kepimpinan lain.