Fahmi dedah surat 12 ahli Bersatu dapat kelonggaran PKP dari KDN

Fahmi dedah surat 12 ahli Bersatu dapat kelonggaran PKP dari KDN

Seorang ahli parlimen PKR hari ini membangkitkan kewajaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat bagi mengecualikan 12 ahli Bersatu daripada perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Fahmi Fadzil, jika surat yang ditularkan itu benar, KDN perlu memberikan kewajaran untuk surat tersebut dikeluarkan.

“Adakah surat ini sahih?

“Jika ya, apa urusan rasmi KDN yang melibatkan individu-individu dipercayai pemimpin Bersatu yang begitu penting dan perlu diadakan sekarang sehingga mereka perlu dikecualikan daripada PKP untuk bergerak dari Pahang ke Putrajaya?

“Pohon penjelasan segera,” katanya melalui ciapan di Twitter sambil menanda akaun rasmi KDN.

Surat yang dimaksudkan ahli parlimen Lembah Pantai itu bertarikh 6 April dan ditandatangani Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzakkir Sayed Mohammad.

Untuk rekod, Menteri Dalam Negeri ialah Hamzah Zainuddin yang baru-baru ini dilantik Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menjadi setiausaha agung parti berkenaan.

Fahmi Fadzil

@fahmi_fadzil

Adakah surat ini sahih?

Jika ya, apa urusan rasmi KDN yang melibatkan individu2 dipercayai pemimpin PPBM, yang begitu penting & perlu diadakan sekarang sehingga mereka perlu dikecualikan dari PKP untuk bergerak dari Pahang ke Putrajaya?

Pohon penjelasan segera @KDNPUTRAJAYA https://twitter.com/milosuam/status/1247740236773224450 

MiLo SuaM@milosuam

Aku semak nama-nama yang dapat pengecualian Perintah Larangan Pergerakan (PKP) ni, semua pemimpin PPBM.

Adakah semua ini lantikan politik dalam KDN?

Apa sebab KDN ada urusan rasmi dengan pemimpin² sebuah parti politik?

Apa urusan rasmi itu?

View image on Twitter
View image on Twitter
41 people are talking about this

 Melalui surat tersebut Sayed Amir Muzakkir menyatakan nama-nama yang disenaraikan – seramai 12 orang – diberi kelonggaran daripada PKP untuk menghadiri “urusan rasmi” di Putrajaya.

Cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan komen Hamzah mengenai kesahihan surat berkenaan setakat ini belum berjaya.

Berdasarkan surat tersebut individu yang disenaraikan ialah Mohd Fakrunizam Ibrahim, Mohd Yazid Mohd Yunus, Mohd Rafiq Mohd Abdullah, Abdul Rasid Mohamed Ali, Mohd Shukor Mustaffa, Tengku Mohd Ali Raja Daud, Mohamad Rafidee Hassim, Mohd Rosdan Abd Aziz, Najwah Halimah Ab Alim, Suhaili Abdul Rahman, dan Roslan Hassan.

Semakan Malaysiakini mendapati lapan daripada mereka ialah ketua bahagian Bersatu di Pahangm manakala Najwah Halimah adalah seorang daripada ahli majlis pimpinan tertinggi parti tersebut.

Sementara itu Marzuki Yahaya – seorang lagi setiausaha agung Bersatu yang disokong pengerusi parti itu, Dr Mahathir Mohamad – mengesahkan semua nama tersebut merupakan ahli parti berkenaan.

Marzuki juga menafikan nama-nama berkenaan merupakan kakitangan KDN.

Berita penuh :https://m.malaysiakini.com/news/519549