Meskipun memilih untuk bercerai, pelakon kacak Fattah Amin tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak perempuannya, Fatima Aisya.
Luangkan Masa Bersama Fatima
Dalam temu bual bersama Melodi, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mengakui bahawa dia telah bertemu dengan Fatima, tetapi situasinya agak berbeza.
“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tidak sama.
Tapi Alhamdulillah, kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama,” katanya.
Fattah, yang juga pelakon filem Pendekar Awang, berkata ketika ini puterinya mungkin tidak sepenuhnya memahami apa yang sedang berlaku.
“Namun, sebagai seorang bapa, saya tetap akan sentiasa ada untuk cahaya mata saya yang berusia empat tahun itu. Saya tak rasa dia faham, sebab dia baru berusia empat tahun.
Dia anak yang bijak dan pintar, tapi kefahamannya tidak sama seperti kita orang dewasa. Mungkin benda itu akan ambil masa.”
Apa yang penting bagi saya sebagai ayah, adalah untuk meluangkan sebanyak mungkin masa bersamanya.
BACA: Stacy merajuk, tarik diri dari konsert ? tuan badan tampil dedah puncanya