[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Taqs” collapse_text=”Hide” ]Fazley semakin hilang rasa hormat terhadap DS Vida fazley yaakob dato fazley ds vida dato seri vida dato vida datuk seri vida vida iqbal vida [/bg_collapse]
Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob meluahkan rasa berang terhadap jutawan kosmetik, Dato Seri Vida yang menggelarkan penyanyi emas negara, Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis.
Kasihan Dengan Individu Cari Publisiti Secara Kurang Ilmiah
Menerusi posting di Instagram, Fazley meluahkan rasa kasihan terhadap individu yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab untuk mencari rezeki.
“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?
Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai.”- Dato’ Fazley
View this post on Instagram
“Semakin Hilang Hormat Saya”-Dato’ Fazley
Tambahnya lagi, chef selebriti ini turut memberitahu bahawa dirinya semakin hilang rasa hormat terhadap insan tersebut yang dilihat semakin menjadi-jadi.
“Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya.”- Dato’ Fazley