Felda umum beri duit raya RM200 kepada golongan peneroka ini

Felda umum beri duit raya RM200 kepada golongan peneroka ini

Felda umum beri duit raya RM200 kepada golongan peneroka ini. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan bantuan bersasar dalam bentuk sumbangan duit raya sebanyak RM200 kepada peneroka.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Felda menjelaskan bantuan bersasar tersebut bagi meringankan beban peneroka yang terjejas dengan hasil tanaman getah selain menghargai sumbangan pekerja ladang.

“Bantuan bersasar ini adalah dalam bentuk sumbangan duit raya berjumlah RM200 bagi peneroka getah yang menghantar hasil kepada Felda dan memperoleh pendapatan hasil kurang RM2,000 bagi bulan Mac 2022.

“Sumbangan duit raya dan barangan asas berjumlah sehingga RM200 pula akan diterima oleh pekerja ladang Felda di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, sumbangan duit raya itu akan mula dibuat bermula 28 April melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.6 juta.

Felda turut mengumumkan penangguhan potongan bayaran kembali peneroka getah bagi pendapatan bulan Mac 2022.

“Peneroka getah yang layak menerima penangguhan ini adalah mereka yang memperoleh pendapatan hasil kurang RM2,000 pada bulan Mac.

“Bantuan bersasar ini merupakan manifestasi keprihatinan Felda terhadap peneroka getah yang menerima pendapatan kurang RM2,000.

“Semoga bantuan ini akan dapat meringankan sedikit beban warga peneroka yang terjejas dan membolehkan mereka menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah,” kata kenyataan itu lagi.

TONTON :

BACA:

Sudah boleh buka pelitup muka bermula 1 Mei – Khairy

Nak elak jem teruk, ini senarai jadual perjalanan lebuhraya yang wajib anda tahu

Haris dodoikan Bilal sambil Neelofa pam susu jadi perhatian, sekali lain pula yang netizen perasan

CATEGORIES