Fitnah Hadi terhadap Anwar adalah terlalu berat

Fitnah Hadi terhadap Anwar adalah terlalu berat

3 April 2020 – Siri pendedahan surat Presiden Pas Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang(DSHAHA) kepada pemimpin Timur Tengah mula hangat di perkatakan. Surat sebanyak 7 muka surat itu berbahasa arab dan bertarikh 22 Mac 2020/27 Rejab 1441.

Daripada keseluruhan surat tersebut saya hanya memetik isi pertuduhan Dato Seri Hj Abdul Awang ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI).

Antara isi kandungan surat:

Menamakan DSAI adalah gerakan pintu belakang untuk menjadi Perdana Menteri ke-8(PM8).

Menuduh DSAI sebagai bakal PM8 adalah dengan sokongan/bantuan dari pihak Amerika Syarikat, Eropah, Singapura dan Zionis(Yahudi).

Menuduh DSAI adalah orang kanan ‘Freemason’.

4 April 2020 – Nasarudin Hassan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, mengesahkan Presiden Pas DSHAHA sememangnya menghantar sepucuk surat kepada pemimpin Arab.

Rujuk: https://malaysiadateline.com/ajk-pas-sahkan-surat-hadi-kepada-pemimpin-arab/

6 April 2020 – Dato Mohd Amar selaku Naib Presiden Pas mengesahkan DSHAHA ada mengirimkan surat kepada pemimpin Timur Tengah.

Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/519052?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

9 April 2020 – Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) menafikan penglibatan beliau sebagai ‘Freemason’ serta mengecam tindakan DSHAHA adalah sebagai tidak tepat.

Rujuk: https://www.facebook.com/16194831839/posts/10160393831181840/

Manakala sehingga kini DSHAHA masih lagi membisu seribu bahasa. Ibarat baling batu sembunyi tangan. Mengakui pun tidak, menafikan pun tidak seolah tiada pendirian.

KESIMPULANNYA

Daripada keseluruhan kronologi dapatlah di simpulkan sememangnya wujud kiriman surat DSHAHA kepada Pemimpin Timur Tengah berdasarkan pengakuan yang di buat Nasrudin Hassan dan Dato Mohd Amar.

Pertuduhan yang di buat keatas DSAI bukanlah suatu yang boleh di anggap mudah. Menuduh sebagai agen luar negara Amerika Syarikat, Eropah dan Singapura menimbulkan tanggapan seolah DSAI cuba mendedahkan negara kepada ancaman kuasa asing.

Manakala pertuduhan sebagai agen Zionis Yahudi adalah teramat besar kerana kita semua sedia maklum bahawa Zionis itu adalah musuh Islam zaman berzaman sehingga di rakamkan Allah swt di dalam Al Quran sebagai suatu bangsa yang keji serta akan memusuhi umat Islam sepanjang zaman.

Begitu juga dengan pertuduhan freemason. Jika di susur kembali ianya ialah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa yang mewarisi ajaran sesat Yahudi dari era firaun Mesir sehingga zaman Babylon kuno. Pembaca boleh meneliti kembali perjalanan freemason tanpa perlu saya mengupas panjang di sini.

Nah.. suatu pertuduhan yang amat berat di lemparkan. Adakah DSHAHA mempunyai bukti? Atau memang DSHAHA sudah bersedia untuk berhadapan dengan Mahkamah jika di ajukan soalan oleh peguam DSAI?

Jawapannya amat mudah. Sebagaimana penafian yang telah di buat oleh DSAI. Di atas nama berani kerana benar, demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan kesucian ugama Islam, mohon DSAI membawa perkara ini ke Mahkamah agar rakyat dapat menilai.

Siapakah sebenarnya yang telah melakukan noda dan fitnah di Malaysia? Jangan biarkan pemikiran rakyat Malaysia tercemar dengan politik kotor pemimpin.