Founder produk kecantikan dedah syarat Fattah Amin letak sebelum jadi duta produk

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sejak bergelar duda, rezeki pelakon tampan Fattah Amin semakin melimpah dengan banyak produk memilihnya sebagai duta.

Menerusi satu video di TikTok, usahawan Datin Nurul Syahera mendedahkan dua syarat yang diberikan oleh Fattah sebelum mereka bekerjasama.

“Dia setuju, tapi ada syarat. Pertama, tak boleh jual mahal… okay, itu saya boleh terima.

Kedua, syaratnya tak boleh buat konten yang joget-joget.

“Kalau nak rakam konten yang biasa boleh, tapi kalau ajak berjoget tak boleh,” katanya.

Founder produk kecantikan dedah syarat Fattah Amin letak sebelum jadi duta produk

Menurutnya lagi, itu adalah syarat utama jika ingin bekerjasama dengan Fattah Amin. Namun, ia bukan masalah kerana fokus mereka hanyalah untuk mempromosikan produk kopi, bukan untuk bergelek.

Selain itu, Fattah, yang kini berusia 34 tahun, juga hanya akan bersetuju untuk menandatangani kontrak jika dia benar-benar menyukai produk tersebut.

“Dia ada kata, kalau nak buat produk, kena pastikan dia suka. Jadi, dia cuba dulu. Selepas semuanya okay, barulah dia setuju. Dia memang seorang yang sangat suka kopi.”

Usahawan tersebut turut berkongsi bahawa Fattah adalah selebriti yang sopan dan berhemah, seperti yang sering dikatakan orang.

“Sebenarnya, syarat yang dia beri itu bagus untuk dia juga. Betul kata orang, dia memang baik dan sopan. Ketika berjumpa, dia ‘soft spoken’ dan kita boleh tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka,” katanya.

BACA: Misteri akhirnya terjawab, rupanya ini punca masalah pencemaran asap di Gua Musang