Gadis 27 tahun dipaksa kahwin datuk 63 tahun akui nikmat ‘cinta’ lepas nikah.
Seorang wanita di Indonesia tidak menyangka perkahwinannya selama lima tahun dengan seorang lelaki berusia 63 tahun
akhirnya menemui kebahagiaan meskipun dia pernah menolak jodoh pilihan ibunya itu, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Ana Amalia menerusi sebuah program bual bicara berkata, dia yang ketika itu berusia 27 tahun menolak hasrat ibu untuk menjodohkannya dengan Emen kerana lelaki itu dianggap lebih layak bergelar ‘datuk’ buatnya.
“Pada awalnya, saya memang dipaksa untuk berkahwin kerana ibu bapa telah menjodohkan kami berdua,” kata Ana.
Tambahnya, lama-kelamaan, dia mula berasa selesa hidup berumah tangga bersama Emen dan menyedari Allah lebih mengetahui apa yang baik buat dirinya.
Dia juga mengakui benar-benar jatuh cinta kepada suaminya dan bersyukur atas kehidupannya pada masa ini.
“Lama-kelamaan, saya benar-benar jatuh cinta kepada suami. Mungkin itu yang dinamakan cinta itu hadir kerana kita sering ada untuk satu sama lain,” ujarnya.
BACA:
Tak sangka! Rupanya ini taktik licik Netflix buat duit yang ramai tak perasan