Gadis bahagia bersanding dengan kekasih hati, sekali lain jadi bila van jenazah singgah rupanya bapa pengantin meninggal.
SEBAK rasa di hati tatkala menyaksikan sebuah van jenazah melintasi halaman rumah yang siap dipasang khemah cantik untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
Bagi si mempelai, pastinya bukan mudah untuk berdepan ujian sebesar itu apabila bapa tercinta dijemput Ilahi pada hari dia bergelar isteri.
“Abah pergi buat selamanya di hari perkahwinan kami,” ujarnya menerusi keterangan video.
Berkongsi cerita, Nur Hayati Bachi’ berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi hati ketika usia 66 tahun, pada 3 Jun baru-baru ini.
Lebih mesra disapa Uteh, katanya, dia sepatutnya melangsungkan pernikahan pada hari sama sekitar pukul 9 pagi di Kuala Krai, Kelantan.
“Arwah abah dah bertahun-tahun sakit, sebelum ni kena serangan jantung. Pada 1 Jun lalu abah dimasukkan ke hospital sebab sakit.
“Jumaat malam tu abah dah tak sedar, saya datang ke hospital dan berbisik ke telinga abah ‘Abah kuat ye, esok Uteh nak nikah’,” katanya kepada mStar.
Majlis pernikahan ditundakan ke sebelah petang selepas pengebumian bapa.
Wanita berusia 26 tahun itu berkata, dia menerima panggilan daripada ibunya di hospital mengenai berita pemergian bapanya, Bachi’ Ismail pada pukul 4 pagi Sabtu.
“Akad nikah ditangguhkan ke pukul 2 petang bagi menguruskan jenazah abah dan arwah selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi. Majlis kemudian bertukar kepada tahlil hingga ke malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Selesai urus jenazah ibu, pengantin terus akad nikah! Isteri terharu suami kotakan janji di saat dirinya tak kuat
ARTIKEL BERKAITAN: Besar ujian buat pengantin! Bapa meninggal 5 jam sebelum majlis nikah, selesai ijab kabul terus buat tahlil
“Majlis pernikahan tetap berlangsung pada hari yang sama sebab abah pernah berpesan sebelum ini, andai kata sesuatu terjadi pada dia, majlis perlu diteruskan,” ujarnya.
Jenazah bapa selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi 3 Jun 2023.
Menurut Uteh, dia selamat bernikah bersama pasangannya, Muhammad Faris Azri Adnan, 29, pada hari berkenaan, berwalikan adik lelakinya berusia 23 tahun.
Van yang membawa jenazah bapanya juga ‘singgah’ ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang Lebur di Kuala Krai, sebagai tanda menghormati permintaan terakhir arwah.
Abah pernah berpesan, andai kata sesuatu terjadi pada dia, majlis perlu diteruskan.
“Ia merupakan permintaan terakhir abah masa dekat wad kecemasan ketika dia masih sedar. Abah cakap dia nak balik tengok majlis saya.
“Rupanya hari majlis tu betul-betul abah ‘balik’, van jenazah lalu depan rumah sebelum ke masjid untuk solat jenazah,” kata anak keenam daripada tujuh beradik itu dengan nada sebak.
Uteh dan suami serta ibu (tengah) bersama keluarga.
View this post on Instagram
Menyifatkan karakter yang tegas dan garang, namun bapanya yang merupakan pesara TNB itu sebenarnya sensitif dan mudah menangis serta suka memanjakan anak-anak.
“Sebagai anak perempuan bongsu, saya anak paling manja dengan abah. Memang sedih bernikah pada hari dia dah tak ada.
“Akad nikah diteruskan atas permintaannya. Antara kekuatan saya pada hari itu apabila kakak sulung beritahu walau apapun terjadi, saya ada keluarga beri sokongan,” katanya.
Uteh (kanan) mengakui paling manja dengan arwah bapa.
Uteh yang merupakan perancang perkahwinan secara sambilan berkata, menjelang hari-hari terakhir bapanya, dia sering dipanggil dan berpesan untuk menjaga diri.
“Abah berpesan kalau keluar kena jaga diri. Beberapa hari juga abah minta saya belikan ais krim.
“Dia juga pernah pesan supaya saya menjadi isteri yang baik, jaga makan minum suami. Teringat masakan saya iaitu sambal telur yang menjadi kegemaran abah, dia puji sampai pernah minta saya masakkan untuk tiga hari berturut-turut,” katanya lagi.
BACA:
Gara-gara memiliki buku agama, bayi berusia 2 tahun di Korea Utara dipenjara seumur hidup
Jokowi ditemani Anwar Ibrahim ‘gegar’ Chow Kit sekali lain pula yang terjadi