Gadis cantik ini cari calon suami – “semua belanja saya akan tanggung”

Gadis cantik ini cari calon suami semua belanja saya akan tanggung

Gadis cantik ini cari calon suami – “semua belanja saya akan tanggung”. Semua perbelanjaan akan ditanggung, wanita ini cari calon suami. Wanita ini cari calon suami, semua perbelanjaan akan ditanggung. Satu tangkap layar tular di media sosial Indonesia memaparkan hantaran seorang wanita yang mencari calon suami untuk dinikah secara perkahwinan kontrak, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan hantaran tersebut, wanita yang hanya dikenali sebagai F, 25, itu berkata, dia ingin berkahwin secara kontrak kerana didesak oleh keluarganya.

“Saya, F (25), mencari seorang lelaki yang boleh diajak berkahwin secara kontrak bagi memenuhi permintaan ibu bapa. Mereka amat malu kerana mempunyai anak gadis berusia 25 tahun tetapi masih belum berkahwin,” demikian menurut keterangan pada hantaran wanita tersebut.

Semua perbelanjaan akan ditanggung, wanita ini cari calon suami

Menurut F, terdapat enam syarat utama yang perlu dipatuhi iaitu tidak boleh menyentuhnya (kecuali ketika akad nikah dan kehadiran keluarga), tidak perlu memberi nafkah, bebas menjalani kehidupan masing-masing sekiranya tiada keluarga yang melihat, tinggal di rumah miliknya dan terpisah daripada keluarga, mampu menjaga rahsia, wang hantaran juga akan disediakan oleh dirinya serta tiada majlis resepsi diadakan.

Gadis cantik ini cari calon suami semua belanja saya akan tanggung

Tambah F, bakal suaminya juga bebas bertemu dengan sesiapa sahaja bahkan, dia tidak mempunyai masalah untuk bercerai sekiranya lelaki tersebut bertemu wanita lain untuk dikahwini.

Semua perbelanjaan akan ditanggung, wanita ini cari calon suami

“Bebas keluar dengan sesiapa pun. Jika anda bertemu jodoh ketika kontrak belum habis, kita boleh menamatkan kontrak,” katanya.
Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sabarlah, jangan berkahwin hanya sekadar untuk lari daripada masalah. Cuba berbincang baik-baik dengan ibu bapa daripada berkahwin secara kontrak,” kata seorang netizen.

“Umur 25 sudah malu? Bagaimana dengan saya yang sudah berumur 30 tahun? Apa kata anda cuba tambah baik diri dan menjadi lebih matang supaya mendapat jodoh yang baik agar dapat membina rumah tangga yang harmoni. Saya doakan yang terbaik untuk anda tetapi katakan tidak kepada idea kahwin kontrak ini,” kata pengguna lain.

BACA:

Hawa Rizwana dedah soal jodoh, akui pernah dirisik tapi..

Siti Saleha buka mulut soal jodoh, netizen dapat teka sesuatu pulak

Isteri PU Abu geram dengan Hana Azraa – “cukuplah 4 tahun, jangan rosakkan mental saya lagi”

CATEGORIES