‘Pemburu’ organ manusia haram biasanya kita dengar melibatkan penculikan, tetapi aktiviti menjijikkan ini
Dilakukan oleh doktor di China yang menggunakan gelaran ‘Doktor’ untuk memperdayakan pewaris
agar membenarkan organ keluarga mereka yang telah meninggal dunia ‘didermakan’.
Sekumpulan enam doktor telah didakwa, dengan empat daripadanya sudah pun dipenjara.
Doktor-doktor ini dilaporkan mengambil organ daripada mangsa kemalangan dan kemudian menjualnya di pasaran gelap demi kehidupan mewah.
Menurut Hindianews, keenam-enam pesalah tersebut adalah pegawai perubatan yang mempunyai kedudukan tinggi di hospital kerajaan di sana dan diketuai oleh dua orang doktor pakar, iaitu Huang Xinli,
Ketua Doktor Hospital Nanjing Gulou, dan Lu Sen, Ketua Doktor Hospital Rakyat Provinsi Jiangsu.
Portal itu juga mendedahkan bahawa mereka meyakinkan pewaris untuk menandatangani perjanjian pendermaan organ yang palsu sebelum melakukan prosedur pembedahan di dalam ambulans yang juga palsu. Organ seperti hati dan buah pinggang yang dikeluarkan kemudian dijual secara haram.
Sebanyak 11 mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya atau pendarahan otak telah dikeluarkan organ mereka sebelum dijual melalui hospital untuk mendapatkan keuntungan, lapor Harian Metro.
Aktiviti haram ini terbongkar apabila anak salah seorang mangsa menyemak dan mendapati tiada rekod penderma dalam portal rasmi.
Shi Xianglin, salah seorang pewaris daripada 11 mangsa, telah dimaklumkan oleh sepupunya bahawa mereka diberikan pampasan sebanyak 200,000 yuan (RM123,582.62) setelah mendermakan hati dan buah pinggang ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2018.
Mempunyai keraguan, anak mangsa tersebut menyemak nama penderma di China Human Organ Donation Management Center tetapi mendapati tiada rekod mengenai ibunya
BACA: “Umno boleh berkuasa semula jika..” Bekas menteri undang-undang dedah caranya