Gaji tak setimpal dengan populariti, baru sehari kerja kedai baju Alice Chang terus berhenti

Oleh NADIA HARON

Pasti ramai di sini yang pernah mendengar atau melihat berita mengenai seorang individu bernama Alice Chang, bukan?

Dia sebelum ini menjadi tular setelah memuat naik video dan gambar mencium tepung doh roti semasa bekerja di sebuah syarikat.

Akibat dari tindakan tersebut, dia telah diberhentikan serta-merta setelah menerima kecaman dari orang ramai. Kini, dia dilihat aktif mencari kerja dan mencuba tempat baru.

Namun, dia kembali menjadi tular setelah dilaporkan berhenti dari pekerjaan barunya hanya selepas satu hari bekerja.

Dakwa Diri Popular, Gaji Tak Sesuai

Gaji tak setimpal dengan populariti, baru sehari kerja kedai baju Alice Chang terus berhenti
Menerusi perkongsian di Facebook, perbualan WhatsApp antara Alice dan majikannya telah tersebar setelah dia memberitahu ingin berhenti kerja.

Difahamkan bahawa dia baru sahaja bekerja di sebuah kedai yang menjual baju tradisional India dan video promosinya yang mengenakan sari bersama pekerja lain telah menjadi tular.

Tanpa sebarang tanda, dia telah meletakkan jawatannya. Alice merasakan bahawa gaji yang diterimanya tidak setimpal dengan kehadirannya di situ.

“Hi Sathia, saya ingin memohon maaf untuk memaklumkan kepada anda bahawa setelah membuat pertimbangan dengan teliti, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan kerja di kedai anda.

“Ibu saya memberitahu bahawa gaji saya tidak memenuhi keperluan saya, terutama memandangkan populariti saya yang semakin meningkat di media sosial,” ujarnya.

Dia juga menyatakan bahawa dengan popularitinya yang meningkat, dia berhak untuk ‘menuntut’ gaji yang lebih tinggi kerana kemampuannya memberi impak kepada sesebuah syarikat.

Di akhir perbualan tersebut, dia meminta pengurus kedai untuk membayar RM80 selepas sehari bekerja di kedai itu. Kedai tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

BACA: Ahli parlimen PN cadang tukar nama Laut China Selatan undang sindiran pakar keselamatan