Minggu lalu bintang bola sepak negara, Safawi Rasid telahpun berlepas ke Portugal selepas berjaya menyertai kelab liga utama di sana iaitu Portimonense FC.
Perkembangan ini sangat baik dan ini menunjukkan pemain kita sudah semakin baik sehingga dilamar kelab antarabangsa.
Bagaimanapun, baru-baru ini keluar pula persoalan berapakah nilai sebenar Safawi Rasid dan hasilnya menunjukkan Safawi adalah pemain paling mahal di Malaysia.
Kalah gaji menteri! Ini jumlah gaji yang diterima Safawi Rasid buat ramai terkejut
Anggaran gajinya pada sekitar S$15,000 hingga AS$25,000 sebulan iaitu bersamaan RM62,000 hingga RM103,000.
Perghh! Jika betul, gaji yang diterima Safawi ini juga adalah antara yang paling tertinggi yang pernah diterima oleh mana-mana pemain bola sepak negara dalam saingan Liga Malaysia mahupun bersama kelab luar negara.
Seorang ejen terkenal juga ada berkongsi yang jika dilihat nilai Safawi di www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah sehingga 300,000 pound atau RM1.5 juta.
Kalau dia dapat kontrak dengan kelab lain yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah macam Porto, saya rasa nilai dia boleh cecah setengah juta.
Jadi, Safawi boleh raih hampir RM2 juta hingga RM3 juta sebulan kalau dia dapat berpindah ke kelab yang bermain di peringkat tertinggi Eropah.
Jika bukan kelab ternama Portugal sekalipun, kelab luar seperti di Itali atau Sepanyol mungkin destinasi terbaik buat Safawi meraih pendapatan besar seperti itu. Tapi kita kena ingat, pengiraan itu hanya secara kasar yang biasa diterima pemain di Eropah yang datang dari Asia.
Nilai sebenar hanya diketahui kelabnya, Portimonense SC dan JDT (Johor Darul Ta’zim).
Cuma apa yang boleh digambarkan, Safawi saat ini adalah pemain termahal negara dan itu kita harus akui.– Katanya.
Ini satu pencapaian yang patut dibanggakan oleh anak kelahiran Terengganu ini dan semoga Safawi terus menunjukkan prestasi yang lebih baik dan terus dilamar kelab-kelab utama. Tahniah Safawi Rasid.
BACA: Berpantang maut sebelum ajal, wanita nyaris maut dihempap kayuk balak di Gua Musang