Hampir dua minggu selepas insiden tragis melibatkan Dr Moumita Debnath menjadi tumpuan masyarakat global,
puluhan saksi telah disoal siasat, yang akhirnya membawa kepada penangkapan suspek utama, Sanjoy Roy.
Ujian DNA mengesahkan bahawa cebisan kulit yang ditemui pada kuku Dr Moumita sepadan dengan kecederaan pada Sanjoy.
Menurut perkembangan terkini, pihak penyiasat telah menemui bukti rakaman CCTV yang menunjukkan Sanjoy sedang memerhatikan Dr Moumita pada 8 Ogos, sehari sebelum kejadian jenayah berlaku.
Lebih mencurigakan, Sanjoy yang bertugas sebagai sukarelawan polis di institusi perubatan tersebut juga kelihatan menjeling ke arah kamera litar tertutup.
Sanjoy, yang dikenali sebagai seorang ‘pervert’ dan sangat ketagihan bahan 18+, menceritakan semula setiap adegan jenayah dengan sangat terperinci tanpa menunjukkan sebarang penyesalan.
Ketika ditangkap, lelaki ini pernah mencabar polis dengan kata-kata, “Gantung saya jika anda mahu.” Penangkapan Sanjoy juga berlaku selepas polis menemui earphone miliknya tertinggal berhampiran tubuh Dr Moumita yang dijumpai dalam bilik seminar.
Sementara itu, ibu mentua Sanjoy turut mendedahkan bahawa Sanjoy pernah mengasari isterinya sendiri sehingga menyebabkan keguguran bayi.
Wanita ini menyifatkan Sanjoy sebagai seorang lelaki yang tidak baik dan mendakwa bahawa jenayah terhadap Dr Moumita tidak mungkin dilakukan seorang diri.
“Hubungan saya dengan Sanjoy amat tegang. Mereka berkahwin selama dua tahun. Perkahwinan dengan anak saya adalah perkahwinan kedua Sanjoy.
Enam bulan pertama semuanya baik, tetapi ketika anak saya hamil tiga bulan, Sanjoy menyebabkan keguguran. Sejak itu, kesihatan anak perempuan saya terus terjejas dan saya menanggung semua kos rawatan. Sanjoy bukan orang baik.
Gantunglah dia atau buatlah apa saja yang anda mahu dengan dia. Saya tidak akan bercakap tentang jenayah itu. Dia tidak mampu melakukan semua ini seorang diri,” kata ibu mentua.
BACA: Berang staff butik LV layan macam pengemis, wanita buat pembelian secara tunai RM368K