Hujan lebat yang bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air
akibat limpahan dari sungai-sungai utama iaitu Sungai Batu, Sungai Klang, dan Sungai Gombak.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyatakan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada taburan hujan yang sangat tinggi,
iaitu melebihi 60 mm per jam, di mana bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar adalah melebihi 114 mm per jam.
Kawasan yang terjejas adalah seperti berikut:
Jalan Pantai Baharu
Jalan Parlimen (Bulatan Dato’ Onn) dan Jalan Kinabalu
Jalan Maharajalela
Jalan Travers
Jalan Damansara (bawah jejambat Semantan)
Jalan Ledang
Jalan Segambut
Jalan Genting Klang (berhadapan Shell)
Jalan Genting Klang (berhadapan UTAR)
Jalan Sultan Azlan Shah
Jalan Sultan (Petaling Street)
BACA: Stesen radio payung keluarga adik arman kasut original buat netizen mulut jahat gigit jari