Gara-gara isteri sedap bersembang dengan lelaki lain, suami nekad tembak isteri depan anak

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara isteri sedap bersembang dengan lelaki lain, suami nekad tembak isteri depan anak

Seorang lelaki nekad membunuh isterinya di hadapan anak mereka berusia tujuh tahun.

Kejadian itu berlaku selepas suspek mendapati mangsa bersembang dengan lelaki lain melalui telefonnya.

Gara-gara isteri sedap bersembang dengan lelaki lain, suami nekad tembak isteri depan anak

Kejadian itu berlaku di rumah dua tingkat milik pasangan itu di wilayah Chon Buri. Suspek melepaskan dua das tembakan pada mangsa berusia 30 tahun, sebelum menyerah diri kepada pihak polis.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Bee, ditemui dalam keadaan tertiarap di lantai dapur dengan dua kesan das tembakan di bahagian leher.

Kelongsong peluru berukuran 9mm turut ditemui berdekatan dengan mayat mangsa, bersama dengan telefon bimbitnya.

Suspek, Manit, 30, tidak melarikan diri. Sebaliknya dia menunggu di tempat kejadian sebelum ditahan dan senjata yang digunakannya dalam kejadian itu turut dirampas untuk tindakan lanjut.

Isteri kantoi bersembang dengan lelaki lain
Semasa disoal siasat, Manit mengaku menembak isterinya. Pasangan berkenaan dikatakan telah berkahwin sejak lebih 10 tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia 10 dan tujuh tahun.

Namun sejak kebelakangan ini, mereka kerap bertengkar. Manit yang bekerja di luar negara itu mendakwa dia mendapati isterinya bersembang dengan lelaki lain di telefon bimbit. Perbuatan mangsa menyebabkan Manit mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Dedah Manit, pada hari kejadian dia menyedari Bee bersembang dengan seseorang lalu meminta telefon tersebut untuk diperiksa. Tetapi Bee enggan memberi kerjasama dan terus berlari masuk ke bilik air dan mengunci pintu.

Manit terpaksa memecahkan pintu bilik dan mendapati Bee sedang berusaha menyembunyikan telefon itu di siling tetapi secara tidak sengaja dan terjatuh.

Di kesempatan itu, Manit terus mengambil telefon isterinya dan memeriksa kandungan di dalam telefon itu mendapati Bee banyak berbual dengan lelaki lain.

Manit cuba mengajak Bee untuk berbincang, tetapi mangsa bertindak melarikan diri menyebabkan dia ditembak dua kali di bahagian leher yang menjadi punca kematiannya.

Kejadian itu berlaku di depan anak mereka berusia tujuh tahun dan tidak beberapa lama selepas itu, anak sulungnya yang baru pulang dari sekolah juga sempat melihat mayat ibunya.

Polis telah menahan Manit untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut undang-undang.