Gara-gara jemput bekas banduan ‘kerat 8’, netizen pertikai tindakan Shuib

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pelawak Shuib bersama Mamat dan Fizie telah menghadapi kritikan hebat setelah menjemput bekas banduan yang terlibat dalam kes pembunuhan kerat lapan

Khairul Anuar Zakaria, lebih dikenali sebagai Abah Hayat, untuk menjadi tetamu dalam podcast mereka baru-baru ini.

Kehadiran Abah Hayat disahkan sendiri olehnya menerusi satu hantaran di akaun TikTok,

Di mana beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemputnya.

Namun, tindakan ini ternyata tidak diterima baik oleh sebahagian warganet yang mempersoalkan kepekaan Shuib dan rakan-rakannya.

Gara-gara jemput bekas banduan 'kerat 8', netizen pertikai tindakan Shuib

Netizen berpendapat bahawa langkah memanggil bekas banduan yang terlibat dalam jenayah besar adalah tidak sensitif dan menyinggung perasaan keluarga mangsa.

Pengguna di platform X juga mengkritik sesetengah pengguna TikTok yang dianggap ‘terlalu pemaaf’ dan ‘baik hati’ terhadap individu seperti Abah Hayat.

Mereka melihat tindakan ini sebagai satu bentuk normalisasi yang tidak sihat, lebih-lebih lagi apabila Abah Hayat pernah memperkenalkan dirinya di bio TikTok sebagai ‘Kes Pembunuhan Kerat 8’.

BACA: Perkataan yang digunakan PMX dalam perbentangan bajet 2025, Ini maksud sebenar ‘Ketimbang’