Gara-gara kes Faisal Halim, FAM berpotensi berdepan hukuman FIFA, betul ke?

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

FAM dan Malaysian Football League (MFL) sebagai badan pengendali Liga Malaysia perlu segera menangani isu ini sebelum FIFA mengambil tindakan terhadap Malaysia.

Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli memberi amaran bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpotensi menghadapi hukuman

daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jika masalah tunggakan gaji dalam Liga Malaysia tidak dapat diselesaikan.

Isu tunggakan gaji ini sering berlaku setiap musim dan ia turut menjejaskan imej Liga Malaysia di peringkat Asia.

“Keadaan Liga M semakin meruncing dan ini membimbangkan. Kecuali tindakan segera dan tegas diambil

Gara-gara kes Faisal Halim, FAM berpotensi berdepan hukuman FIFA, betul ke?

oleh pihak berkepentingan dalam liga dan FAM, kita berisiko berdepan sekatan daripada FIFA akibat masalah pembayaran gaji yang tidak dapat diselesaikan.

“Krisis ini juga menjejaskan keupayaan kita untuk menarik pemain asing pada musim akan datang, yang memberi impak kepada pasukan seperti Johor Darul Ta’zim, Terengganu, dan Selangor.

“Walaupun pasukan-pasukan tersebut tidak terlibat dengan masalah ini, mereka masih berisiko menerima kesan akibat reputasi liga yang tercalar,” kata Pekan.

Sebelum ini, kapten Kuala Lumpur City (KL City), Paulo Josue mendedahkan bahawa beliau tidak menerima bayaran gaji selama 7 bulan sejak Disember 2023.

Malah, beberapa pasukan Liga Super juga mula dilaporkan gagal membayar gaji pemain, menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk mengharungi baki saingan musim ini.

BACA: lelaki datang balai buat aduan isu judi sekali ditahan nama sangkut dalam kes ‘scam’ pula