Gara-gara masalah operasi di Asia Tenggara, Foodpanda bakal buang pekerja, rider bakal terjejas?

Oleh ISMAIL YAHYA

Delivery Hero selaku syarikat sebalik foodpanda sedia menyatakan mereka dalam proses ingin menjual operasi Food Panda di Asia Tenggara kepada syarikat yang berminat.

Susulan itu, kini mereka turut mengesahkan sedang membuang sejumlah pekerja foodpanda di rantau ini

Setakat ini, jumlah pekerja yang terkesan masih belum dinyatakan.

Gara-gara masalah operasi di Asia Tenggara, Foodpanda bakal buang pekerja, rider bakal terjejas?

foodpanda menyatakan langkah pengurangan tenaga kerja ini adalah dalam usaha menjadikan operasi mereka lebih efisien dan berstruktur.

Pengurangan tenaga kerja ini tidak melibatkan rakan penghantar foodpanda, dan lebih menfokuskan kepada bahagian pengurusan dan operasinya sahaja.

Pengurangan tenaga kerja ini hadir selepas dilaporkan operasi foodpanda di rantau ini sedang dalam perbincangan untuk dijual kepada beberapa pihak yang berpotensi.

Buat masa ini, hanya nama Grab sahaja yang sudah kedengaran antara pihak yang berpotensi meraih perolehan itu.

Bahkan, para pemain industri penghantaran makanan terpaksa berbuat sedemikian dalam membolehkan mereka untuk terus bertahan meskipun dilanda krisis ekonomi.

Jadi, Delivery Hero pilih menfokuskan kepada komitmen jangka masa panjang iaitu membina perniagaan yang mampan dan menguntungkan.

BACA: “Aku ingat aku cucu kesayangan atuk, masa umur aku mencecah 20 tahun, baru aku tahu rupanya aku jadi ‘hamba’ nafsu atuk dari kecil”