Gara-gara merokok, Atlet gimnastik Jepun disingkir sertai Olimpik

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Jepun dilaporkan telah menyingkirkan kapten pasukan gimnastik artistik, Shoko Miyata,

Dia yang merupakan atlet prospek pingat negara itu di Sukan Olimpik, daripada pasukan kebangsaan kerana masalah disiplin.

Menurut Kyodo News, Miyata yang baru berusia 19 tahun telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Gimnastik Jepun, yang melarang atletnya terlibat dalam aktiviti merokok.

Kes ini kini dalam siasatan persatuan tersebut, dan Miyata dijangka akan dihantar pulang ke Jepun dari kem latihan pusat yang sedang berlangsung di Monaco.

Selain itu, Miyata juga akan dipanggil oleh universiti tempatnya belajar untuk memberikan penjelasan selepas tiba di Jepun nanti.

Gara-gara merokok, Atlet gimnastik Jepun disingkir sertai Olimpik

Keputusan ini menjadikan penyertaan Miyata dalam Sukan Olimpik yang akan bermula kira-kira 10 hari lagi dalam keadaan tidak pasti.

Menurut Kyodo News, Miyata adalah atlet dengan prospek pingat emas untuk Jepun di Sukan Olimpik dan memiliki rekod pencapaian yang sangat membanggakan.

Dalam Kejohanan Dunia di Liverpool pada tahun 2022, Miyata berjaya merangkul pingat gangsa dalam disiplin batang titian, dan dia serta pasukannya menduduki tempat ke lapan dalam acara all-round.

Miyata juga merupakan juara kebangsaan dalam acara tersebut dan telah memenangi Piala NHK sebanyak tiga kali berturut-turut. Selain itu, dia memiliki tiga pingat di Sukan Asia dan tiga pingat di Sukan Universiti Dunia.

Kehilangan atlet ini dari pasukan kebangsaan menjelang Sukan Olimpik merupakan satu tamparan hebat buat Jepun, apatah lagi Jepun tidak pernah memenangi pingat dalam acara all-round berpasukan wanita di Sukan Olimpik sejak kali terakhir pada 1964 di tanah air sendiri.

BACA : Dato Awang Bemee Awang Ali Basah di lantik Yang di-Pertua Dewan Negara ini biodata beliau