Gara-gara muat naik video suami tengah cuci pinggan di Tiktok, wanita ini dicerai suami

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara muat naik video suami tengah cuci pinggan di Tiktok, wanita ini dicerai suami.

Seorang lelaki didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok, lapor Gulf News.

Menurut laporan media tempatan, rakaman video itu disertakan dengan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.

Gara-gara muat naik video suami tengah cuci pinggan di Tiktok, wanita ini dicerai suami

Wanita itu mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.

Dia menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video itu yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya sejurus selepas klip itu tular.

Lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘Saya dominan’ atau ‘Saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.

Bahagian pertama lagu itu berbunyi ‘Saya dominan, anda akan diperintah di bawah arahan ketat saya, saya akan membuat anda gila jika anda melihat gadis lain di jalanan, selagi anda bersama saya, anda akan berjalan di bawah perintah saya’.

Ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca daripada lagu tersebut.

BACA:

Menteri ini akui alami tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu

Gara-gara nak tarik customer wanita? Abang sado nekad buka baju ketika jual durian tarik perhatian