Gara-gara risau kereta Honda Civic baru keluar showroom calar, lelaki ini enggan pinjamkan kereta kepada isterinya.
Lelaki Beli Honda Civic Enggan Pinjamkan Kepada Bininya, Risau Bini Tak Jaga Dan Calar Kereta.
Sudah menjadi lumrah manusia apabila membeli sesuatu yang baru seperti kereta,
sudah pasti akan timbul rasa sayang kepada benda tersebut dan bahkan jika boleh, nyamuk pun tak dibenarkan hinggap di atas kereta yang baru itu.
Namun kebimbangan lelaki itu agak keterlaluan bilamana dia enggan meminjam kereta barunya kepada isteri kerana bimbang si isteri tidak menjaga keretanya dengan baik.
“Aku baru beli kereta jenama Honda Civic. Yang menjadi masalah, bini aku nak pinjam kereta aku. Katanya nak keluar dengan kawan-kawan.
“Aku risau bini aku tak jaga kereta aku. Risau kereta kotor dan calar.
“Apa yang perlu aku buat supaya hatinya tak terguris kalau aku berterus terang?
“Isteri aku ni seorang guru. Gaji dia tinggal RM1,000 saja sebab bayar loan rumah kami.
Sekarang dia pakai Perodua Kancil masa dia zaman bujang udlu. Dia dah biasa bawa kereta itu, kenapa tiba-tiba nak pakai kereta aku?” luahnya di Facebook Kisah Rumah Tangga.
Bagaimanapun, netizen menyelar sikap suami yang berkira dengan isterinya hanya kerana sebuah kereta baru berbanding isteri yang korbankan gajinya untuk membayar hutang rumah.
Dengan bini pun nak berkira. Dah la gaji bini pakai bayar loan rumah
Kalau tak bagi pinjam, kau tak payah la duduk dalam rumah yang dia bayar tu
Memang ada ye spesies lelaki camni? Emm, entahla.
BACA:
Gara-gara bunuh perogol, wanita ini dipenjara 6 tahun undang reaksi netizen