Gara-gara tak puas hati bekas suami liat bayar hutang RM87,000, wanita ini belasah bekas suami

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Gara-gara tak puas hati bekas suami liat bayar hutang RM87,000, wanita ini belasah bekas suami

Seorang wanita ditahan polis semalam atas dakwaan membelasah bekas suaminya ketika cuba menuntut hutang berjumlah RM87,000.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 6.55 petang itu,

Gara-gara tak puas hati bekas suami liat bayar hutang RM87,000, wanita ini belasah bekas suami

lelaki berusia 28 tahun itu sedang mengemas rumah sewanya di Bukit Indah, Ampang sebelum didatangi bekas isterinya berusia 38 tahun yang memarahinya mengenai hutangnya.

Beliau berkata, suspek kemudian menumbuk bibir mangsa, mengetuk kepalanya dengan hulu pengikis simen dan menendangnya di bahagian perut.

“Polis menahan suspek yang bekerja sebagai akauntan di Ampang pada 9.45 malam.

“Suspek dan mangsa baru bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun tujuh bulan,” katanya menurut Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

BACA: Servis buat kubur untuk kucing lengkap dengan pakej kafan kucing undang reaksi netizen