Gara-gara taksub nak besarkan punggung, wanita ini maut lepas terima ‘suntikan’ dari jururawat lelaki
influencer dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani prosedur membesarkan punggung.
Influencer dari Brazil itu dikatakan maut selepas melakukan prosedur itu daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘jururawat’.
Kisah tragis Lygia Fazio, 40, itu berikutan komplikasi yang berlaku akibat daripada prosedur berkenaan.
Bercakap dalam satu temuramah sebelum kematiannya, Lygia berkata: “Saya bekerja dalam bidang peragaan, semua orang mahu mempunyai punggung yang lebih besar daripada yang lain.
“Saya melihat diri di hadapan cermin, saya mempunyai punggung yang kecil dan saya mahu membesarkannya.”
Menurut Lygia, pasangannya bagaimanapun tidak gembira dengan hasil selepas menjalani prosedur membesarkan punggung dan meyakinkannya untuk melakukan satu lagi prosedur tersebut.
Abang Lygia, George Oliveira berkata, prosedur pertama dilakukan oleh doktor, tetapi apabila dia menemui doktor buat kali kedua, pengamal perubatan itu enggan melakukannya sekali lagi.
George diberitahu bahawa Lygia telah menemui seorang lelaki yang mendakwa dirinya jururawat, dan dia telah melakukan suntikan (prosedur) di rumah rakannya.
Jangkitan merebak melalui badannya apabila bahan suntikan itu bocor dan memasuki dalam saluran darahnya.
Lygia juga mengalami strok yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital tiga minggu lalu, namun dia tidak dapat diselamatkan
BACA:
Jokowi ditemani Anwar Ibrahim ‘gegar’ Chow Kit sekali lain pula yang terjadi