Gara-gara tegur saiz payudara, lelaki maut ditikam

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara tegur saiz payudara, lelaki maut ditikam. Gara-gara bercakap mengenai saiz payudara seorang wanita,

seorang pengurus syarikat maut ditikam dalam insiden pergaduhan di sebuah kedai makan di Taman Kenanga, Tengkera di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Gara-gara tegur saiz payudara, lelaki maut ditikam

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku selepas si mati yang dalam keadaan mabuk datang ke kedai berkenaan untuk makan dan minum bersama rakannya.

Katanya, sebaik sahaja selesai makan, si mati bercakap dengan rakannya dalam bahasa tamil mengenai payudara seorang wanita dan perbualan mereka telah didengari oleh pengawal peribadi perempuan berkenaan.

“Pengawal peribadi itu kemudiannya menegur sikap si mati dan memaklumkan wanita itu adalah majikannya. Berlaku pertengkaran mulut antara mereka berdua sehingga tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, polis menerima laporan daripada orang awam pukul 4.15 pagi dan pemeriksaan di lokasi mendapati, si mati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan.

Menurutnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Melaka oleh dua rakannya menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Dia bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian disebabkan luka tikaman pada jantung. Susulan itu tujuh suspek berusia antara 25 sehingga 38 tahun telah ditahan.

“Si mati dipercayai maut akibat ditikam oleh pengawal peribadi berkenaan. Polis turut merampas pisau dan batang besi yang digunakan dalam pergaduhan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya.

BACA:

Meriah Hari Pertabalan King Charles iii sekali ‘Grim Reaper’ datang kirim salam?.

Noh Salleh bakal bernikah September ini, sekali ini reaksi Mizz Nina