Gara-gara ‘wallpaper’ anda boleh terdedah kepada penyakit.

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Ramai yang terlupa aspek keselamatan dan kesihatan semata-mata untuk menceriakan tandas dengan kertas dinding bercorak.

Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan kertas dinding

Di dalam tandas kerana ia boleh mendedahkan pengguna kepada risiko penyakit.

“Memang cantik apabila dinding dihiasi dengan kertas dinding.

Jika kita lihat dalam kumpulan ‘deko-deko’, ada juga yang memasang kertas dinding di dalam tandas.

Gara-gara ‘wallpaper’ anda boleh terdedah kepada penyakit.

“Namun, tindakan ini sebenarnya tidak sihat. Persekitaran lembap dalam tandas meningkatkan risiko pertumbuhan kulat di dinding, termasuk di belakang kertas dinding.

“Kulat ini boleh membebaskan spora, iaitu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi. Akibatnya, seseorang boleh mengalami batuk, selsema, tekak kering, mata berair, dan gatal-gatal kulit,” jelas PHM menerusi hantaran di Facebook hari ini.

PHM juga menekankan bahawa kertas dinding tidak sesuai digunakan sebagai perhiasan di dalam tandas.

“Kertas dinding bukan untuk tandas,” tegas mereka.

BACA: Suami Hanis Zalikha dapat hadiah raket Olimpik daripada Lee Zii Jia