Gaya rambut Cik B macam pengkid kena kecam, “mak dia tak kisah ke?”

Gaya rambut Cik B macam pengkid kena kecam mak dia tak kisah ke

Gaya rambut Cik B macam pengkid kena kecam, “mak dia tak kisah ke?”. Baru-baru ini, penampilan terbaru anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berambut seperti seorang lelaki.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida berkata dia tidak kisah Cik B tampil dengan imej sedemikian serta mahu anaknya itu meneroka ketika berada di zaman remaja serta melakukan apa yang disukainya.

“Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak remaja,” tulisnya.

Menurut Vida, zaman remaja Cik B tidak sama seperti mereka seusianya kerana dia sudah diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan Salmon Skin Salted Egg.

“Cik B membesar tak sama macam orang lain .Saya dah bagi dia handle business Salmon Skin Salted egg,” tulisnya.

Gaya rambut Cik B macam pengkid kena kecam mak dia tak kisah ke

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat usahawan itu yang memberi anaknya menikmati zaman muda namun masih dalam pantauan.

Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ada segelintir netizen mengkritik usahawan itu yang membiarkan Cik B meniru gaya rambut lelaki.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Dato Seri Vida (@datoserivida)

BACA:

Hukum pasangan tak bernikah ‘chek-in’ jejas sektor pelancongan – Persatuan Hotel

Laporan dedah hentaman asteroid boleh buat rantaian makanan kacau bilau

Dah bertaraf jutawan, Nabil dipuji selamba je lepak dengan bekas tempat kerja

CATEGORIES