Gelagat Ahli Parlimen cuci tandas guna tangan curi perhatian, “nak pilihanraya dah ni..”- Netizen

Gelagat Ahli Parlimen cuci tandas guna tangan curi perhatian, “nak pilihanraya dah ni..”- Netizen

Gelagat Ahli Parlimen cuci tandas guna tangan curi perhatian, “nak pilihanraya dah ni..”- Netizen. TIDAK tahan melihat tandas yang kotor, seorang Ahli Parlimen di India sanggup melakukan kerja pembersihan dengan menggunakan tangannya sendiri.

Aksi Ahli Parlimen itu, Janardan Mishra yang dirakam pada 22 September lalu ketika hadir di sebuah sekolah di Khatkhari, India, tular di media sosial.

Mishra hadir ke sekolah tersebut sebagai tetammu dalam satu program perladangan.

Sewaktu dia ke tandas, Mishra memberitahu yang dia terkejut melihat kawasan itu sangat kotor.

Tanpa berfikir panjang, Mishra terus membersihkan mangkuk jamban dengan menggunakan tangan dan air sahaja tanpa sebarang peralatan mencuci yang lain seperti berus, sabun dan sarung tangan.

Gelagat Ahli Parlimen cuci tandas guna tangan curi perhatian, "nak pilihanraya dah ni.."- Netizen

Ketika ditanya mengenai tindakannya itu, Mishra berkata, apa yang dilakukan adalah satu daripada cara untuk memotivasikan orang ramai untuk menjaga kebersihan.

“Semua orang perlu menjaga kebersihan. Daripada Mahatma Gandhi ke Perdana Menteri, Narenda Modi, mereka telah memberikan mesej mengenai kebersihan,” katanya.

Ini bukan kali pertama Mishra bertindak sedemikian. Pada 2018, dia melakukan perkara sama di sebuah sekolah dan videonya juga tular di media sosial.

BACA:

Mira Filzah tunjuk muka anaknya, benda dalam rumah pula jadi perhatian netizen

Noh Hujan selamba ludah pada penonton masa konsert, “ni kalau ada Covid..”

Kedutaan Amerika beri amaran cuaca buruk di Malaysia

CATEGORIES