Penyanyi terkenal negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti,
Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana namanya sudah cukup dikenali di seluruh Malaysia
Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ ini masih kekal relevan dalam industri muzik, dan setiap lagu terbarunya sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa!
Kebelakangan ini, Tokti dilihat banyak meluangkan masa dengan membuat sesi siaran langsung di media sosialnya,
Terutama di Instagram dan TikTok, ketika berada di dalam kereta. Dengan anak-anak yang semakin membesar,
Tokti kini lebih banyak menghabiskan masa bersama mereka jika tidak ada urusan kerja pada hari tersebut.
“Tokti punya sorry tu comel sangat, hahaha,” komen netizen.
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di TikTok milik @sitinurhalizafantastic tular dan mendapat perhatian ramai. Video tersebut kini telah meraih lebih 23 ribu tontonan, 218 tanda suka, dan 10 komen.
@sitinurhalizafantastic Hahaha Mesti Katak Bangga DS @Siti Nurhaliza Bawa Jalan-Jalan 😂 #trendingvideo2024💯💯💯✅ #trendingvideo2024♥️♥️fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #sitinurhaliza #loveyouall💕 #malaysia #lovers #tik_tok #trendingvideo2024♥️♥️fypppppp #loveyou #trendingviralvideo ♬ original sound – SitiNurhalizaFans
Dalam video tersebut, Tokti kelihatan berani mengambil cabaran untuk memegang katak hidup. Reaksi Tokti yang mengucapkan kata maaf kepada katak itu membuatkan ramai netizen terhibur.
Mereka juga memuji keberanian Tokti untuk menyahut cabaran tersebut dan berpendapat bahawa tindakannya sangat comel dan lucu.
BACA: Masjid bukan pentas politik, bukan tempat sebar kebencian dan fitnah, titah Sultan Pahang