Gelar ‘Syaitan’ : MB Kedah kurang bijak

Gelar ‘Syaitan’ : MB Kedah kurang bijak

Cara MB Kedah Sanusi Mohd Noor memberi respon dan memperlecehkan kaji selidik oleh Ilham Centre yang tidak condong kepadanyanya – (kerajaan Kedah) dianggap melampau dan tidak bersifat professional.

Sanusi yang kurang senang dengan kesimpulan dibuat oleh badan penyelidikan itu kerana merumuskan agenda penyatuan ummah yang dilaksanakan Umno dan Pas bersifat sementara dan retorik, menempelak kajian itu sebagai usaha untuk mengagalkan agenda menyatukan ummah, Pas dan Umno.

Bukan itu saja, beliau lantas mengaitkan usaha itu sebagai kerja syaitan yang tidak suka kepada penyatuan sambil memetik sepotong pesan Tuhan.

Sambil menolak kesimpulan kajian itu Sanusi meremehkan hasil kajian itu sebagai sampah dan tidak saintifik dan dilakukan oleh kumpulan politik berseteru dengannya.

Sepatutnya walaupun keismpulan kajian itu tidak cenderong kepadanya, selaku pemimpin apa lagi MB beliau patut bersikap tasamuh dan menerima seadanya sahaja dan memahami kajian itu berunsur politik yang perlu dilayan secara politik. Kalau badan itu terkait dengan musuh politiknya sudah pasti ia tidak membuat konklusi yang adil.

Lebih baik kalau Sanusi tidak memberi reaksi berlebihan sampai menyerlahan sikap latah yang boleh memudaratkan diri dan orang menilai kedudukannya sebagai MB. Apabila beliau memberi reaksi sedemikian secara tidak langsung mempamerkan kepada dunia yang beliau bermasalah dengan badan berkenaan, dimana tindakan itu tidak bijak dan bersifat politis.

Badan penyelidikan itu tidak mendapat apa-apa kerugian bila ia ditemnpelak begitu sebaliknya yang dilihat tidak sporting adalah Sanusi sebagai MB. Kesannya kini orang akan melihat dan menandakan Ilham Centre sudah jadi dimusuhi MB berkenaan. Trims.

Sumber :