Gempar !!! 17 dikompaun langgar SOP PKP kerana jogging

Gempar !!! 17 dikompaun langgar SOP PKP kerana jogging

Polis mengeluarkan masing-masing kompaun RM1,000 kepada 17 orang awam selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerana berjogging di Hutan Rekreasi Sungai Udang, di Melaka, pada 6.30 petang, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua mereka berumur antara 13 dan 41 tahun dikompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), berikutan sebarang aktiviti di taman rekreasi tidak dibenarkan semasa tempoh PKP berkuat kuasa.

“Pihak polis mendapati terdapat 36 individu di kawasan itu, namun hanya 17 orang dikenakan kompaun manakala selebihnya melarikan diri daripada diperiksa, selain terdapat ada pihak ketiga yang cuba campur tangan dalam kejadian terbabit.

“Ini merupakan episod yang tidak sepatutnya berlaku, dalam usaha semua yang sedang bekerja keras memutuskan rantaian Covid-19. Polis tidak akan berkompromi dengan individu yang cuba melanggar perintah berkenaan, termasuk campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.

Pada 12 Jan lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan PKP, namun kelonggaran diberikan kepada aktiviti riadah termasuk joging serta berbasikal terhad kepada dua orang sahaja dalam satu kumpulan. – MK