Gempar !!! Ahli parlimen Tambun umum letak jawatan….

Gempar !!! Ahli parlimen Tambun umum letak jawatan….

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), berkuat kuasa serta-merta.

Sejurus selepas itu, Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pafa dan Pengurus Pasukan Liga Super Perak.

Ahmad Faizal berkata, selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak sejak awal Disember lalu, sukar untuknya mendapatkan dana bagi membiayai gaji pegawai dan pemain.

Ekoran daripada itu, gaji pegawai dan pemain Perak masih tertunggak sebulan setengah untuk sebahagian November dan Disember 2020 yang berjumlah hampir RM3 juta.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri melalui dua anggota Exco Kerajaan Negeri ketika ini pernah berjanji untuk memberi pendahuluan sebelum Pafa memperolehi sumbangan dana dan tajaan.

“Namun sehingga kini, janji yang telah diberikan oleh kedua-dua Yang Berhormat melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu masih belum dilangsaikan. Saya rasa tidak adil bagi para pemain dan juga para pegawai tidak mendapat gaji masing-masing.

“Saya juga mendengar khabar berita daripada angin, daripada udara, daripada burung yang menyampaikan kononnya saya, kerajaan ataupun YAB Menteri Besar sendiri tidak berhasrat untuk membantu persatuan selagi saya memikul tanggungjawab sebagai Presiden. Walaupun awalnya tadi saya dimaklumkan untuk saya kekal sehingga saya serahkan secara baik-baik melalui kongres,” ujar Ahmad Faizal.

Beliau bercakap pada sidang media khas di Ipoh pada Khamis. – AA