Gempar !!! Ajaran Asmaul Husna ‘calon Pas PRU14’ diputuskan boleh bawa kepada kesesatan

Gempar !!! Ajaran Asmaul Husna ‘calon Pas PRU14’ diputuskan boleh bawa kepada kesesatan

Calon Pas Dun Inderapura dalam PRU yang lepas didapati membawa ajaran yang mengelirukan dan boleh membawa kepada kesesatan.

Menurut surat yang tular di media sosial, Mufti Negeri Sembilan memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan telah bersetuju memutuskan melarang Ajaran Asmaul Husna Wan Maseri bt Wan Mohd daripada disebarkan kepada masyarakat.

Menurut keputusan itu lagi, ajaran ini didapati meragukan dan menyalahi kaedah penyampaian ilmu dan ajaran ahli sunnah Wa al-Jamaah serta boleh membawa kepada kesesatan.

Menurut keputusan Majlis Fatwa Negeri Sembilan itu lagi, kaedah pembelajaran “Universiti Antarabangsa Asmaul Husna’ adalah dilarang untuk diajar dan disebarkan kepada masyarakat Negeri Sembilan.

Netizen terkejut apabila mendapati Wan Maseri bt Wan Mohd adalah salah seorang calon Pas di Pahang. Bertanding untuk kerusi DUN N 16 Inderapura.

Bahkan jelas tertera di profil calon tersebut, beliau merupakan pengerusi kepada Univeriti Antarabangsa Asmaul Husna seperti tertera dalam keputusan majlis fatwa Negeri Sembilan tersebut.

Tiada respon balas setakat ini diterima daripada Dr Wan Maseri berhubung surat Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang mula tular sejak semalam.

Sumber :

Allahu Akbar..Benarkah perkara ini sudagha-sudagha..? 😁😁

Posted by Miqdad Zakaria on Monday, October 19, 2020