Gempar !!! Bekas calon Pas pru-14 akui bawa ajaran sesat

Gempar !!! Bekas calon Pas pru-14 akui bawa ajaran sesat

Bekas ahli jawatankuasa Muslimat Pas Kuantan, Profesor Dr Wan Maseri Wan Ahmad tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.

Pengasas ajaran ‘Asmaul Husna Wan Maseri’ yang menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.

Pengakuan sama oleh bekas pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu juga dibuat dalam Mesyuarat Panel Pakar Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersidang di Putrajaya semalam.

Melalui pengakuan tersebut, Wan Maseri yang juga bekas calon DUN Inderapura, Pahang pada PRU-14 itu menjelaskan kenyataannya tentang Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan Allah, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.

“Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Wan Maseri menjelaskan, kajian 99 Asmaul husna yang dijalankan tidak tepat dengan disiplin perolehan ilmu yang diperlukan syariat.

“Justeru, saya menarik balik semua penulisan yang telah tersebar di kalangan masyarakat.

“Insya-Allah saya akan mengemukakan penulisan baharu yang akan terlebih dahulu melalui proses perolehan ilmu yang benar di sisi syariat,” katanya.

Ajaran ‘Asmaul Husna Wan Maseri’ sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) kerana didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Akhir tahun lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, Ajaran ‘Asmaul Husna Wan Maseri’ setakat ini didakwa timbul di Pahang dan fatwa mengenainya sudah dikeluarkan sebagai menyeleweng daripada Ahli Sunnah.

Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dari Pas itu lagi, ada beberapa negeri sudah mengambil tindakan sama termasuk Wilayah Persekutuan.

Berita penuh : https://cabaidaily.com/panas-bekas-muslimat-pas-akui-asaskan-ajaran-sesat-lafaz-semula-syahadah/