Gempar !!! Bekas pegawai Trump mengaku bersalah lobi cuba tutup kes 1MDB

Gempar !!! Bekas pegawai Trump mengaku bersalah lobi cuba tutup kes 1MDB

Bekas pembantu peraih dana politik Donald Trump dan Parti Republikan, Elliott Broidy, bercadang untuk mengaku bersalah dalam skim melobi asing haram.

Menurut individu yang arif dengan situasi berkenaan, tertuduh turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama kepada pasukan penyiasat.

Broidy dituduh pada 8 Oktober lalu kerana didapati melobi pentadbiran Trump supaya menghentikan siri penyiasatan membabitkan kes penyelewengan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tertuduh juga dipercayai cuba mengatur gerakan untuk mengembalikan seorang warganegara China yang sebelum ini pernah dibuang dari Amerika Syarikat (AS).

Ahli perniagaan yang kini melarikan diri, Jho Low berdepan tuduhan menjadi dalang penipuan dana 1MDB dan dipercayai mengupah Broidy sebanyak AS$6 juta (RM24.9 juta).

Pasukan pendakwa berkata, ganjaran itu dikemukakan bagi melobi Jabatan Keadilan AS supaya menghentikan siri penyiasatan, malah menjanjikan habuan tambahan bernilai AS$75 juta (RM311.1 juta) sekiranya perancangan itu berjaya.

Pada 2017, Broidy didapati mengadakan pertemuan dengan Jho Low dan menteri dari China, di sebuah bilik hotel mewah di China, bagi membincangkan pelan untuk membawa pulang Guo Wengui, selepas dibuang dari AS.

Jho Low yang sehingga kini belum tampil untuk dibicarakan di mahkamah AS, mengaku tidak bersalah.

Dua lagi individu yang dilaporkan turut terbabit dalam skim berkenaan mengaku bersalah, iaitu bekas pegawai Jabatan Keadilan AS, George Higginbotham dan rakan perniagaan Broidy, Nickie Mali Lum Davis.

Broidy dijadual menghadiri sesi pendengaran kes yang akan diadakan secara maya di Washington, pada 20 Oktober depan. – BLOOMBERG

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/10/743126/1mdb-bekas-pegawai-trump-mengaku-bersalah

COMMENTS