Gempar !!! Data peribadi pekerja Malaysia dijual secara berleluasa?

Gempar !!! Data peribadi pekerja Malaysia dijual secara berleluasa?

Sedang tular di group² WhatsApp, tangkap layar ini menunjukkan adanya pihak yang tidak bertanggungjawab menjual data peribadi pekerja dari sektor swasta dan kerajaan dengan harga tertentu.

Ini maknanya apa? Maknanya ada kebenaran tentang kebocoran data orang awam. Data pekerja kerajaan juga tak pernah selamat, apabila wujud tangan ghaib yang menjualnya konon untuk tujuan ‘marketing’.

Data boleh dibeli semurah RM0.10 setiap seorang, manakala RM0.50 pula jika masuk ke kategori ‘separa yang fresh dan kurang komitmen berusia 20an’.

Tak hairan apabila emel dimasuki oleh peminta derma, penjual insurans, dan lebih teruk lagi nombor telefon dihubungi oleh sindiket Macau Scam.

Golongan tidak bertanggungjawab yang memakan wang secara atas angin inilah menjadi punca bocornya informasi sulit yang sepatutnya menjadi rahsia. Kami di OMGH berharap agar mereka dapat diberkas oleh pihak berkuasa secepat mungkin sebelum keadaan lebih parah berlaku. – FB