Gempar !!! Desakan Zahid berundur langkah Bersatu untuk kuasai Umno?

Gempar !!! Desakan Zahid berundur langkah Bersatu untuk kuasai Umno?

Desakan secara tiba-tiba yang muncul agar Zahid Hamidi berundur daripada jawatannya dengan jelas menunjukkan Muhyiddin Yassin dan kartel di sekelilingnya sudah mula bertindak balas terhadap Presiden UMNO itu.

Ia tidak lain adalah disebabkan UMNO telah membuat keputusan melalui usul di peringkat bahagian-bahagian untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Walaupun MT UMNO telah mengambil kata putus bersetuju dengan ketetapan usul tersebut, ia bagaimanapun dipersetujui untuk dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO atau PAU pada 31 Januari depan.

Sementara menunggu PAU diadakan, dua Ahli Parlimen UMNO, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin, selain sebelum itu, Tengku Razaleigh Hamzah enggan mengiktiraf Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri yang sah.

Secara mudahnya, jika tiada ketetapan UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu, pasti tiadalah desakan berundur dilakukan terhadap Zahid Hamidi itu.

Begitu juga, kiranya UMNO bersetuju kekal bersama Bersatu, disertai dengan lapang dada memberikan Geng Hamzah Zainuddin terus bertanding di semua kerusi lompat mereka, sudah tentu tiada juga akan muncul desakan berundur terhadap Zahid Hamidi.

Lebih daripada itu, kiranya UMNO setuju menyokong lagi Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri, tiadalah sebab darurat dicadang untuk dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos depan.

Memetik kenyataan bekas Setiausaha Agung BN yang dipecat kerana pro Bersatu, Annuar Musa semalam, beliau berkata, keadaan politik yang tidak stabil adalah antara punca kerajaan mencadangkan darurat di seluruh negara kepada Yang Dipertuan Agong.

Keadaan politik yang tidak stabil itu pula, tambahnya, bertembung dengan penularan Covid19 yang semakin meningkat.

Dengan itu, penafian bahawa darurat ini bukan bersifat politik secara langsung telah disangkal oleh Annuar Musa.

Apakah keadaan politik yang tidak stabil itu?

Tidak diragui ia adalah berikutan keputusan UMNO enggan bekerjasama, tidak mahu berkongsi kerusi dengan Bersatu dan tidak sedia lagi mengekalkan Muhyiddin, disusuli beberapa Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan menjelang kata muktamad diputuskan dalam PAU 31 Januari ini yang mana risiko paling besar daripadanya ialah jatuhnya Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri.

Makanya, munculnya desakan secara tiba-tiba agar Zahid Hamidi berundur sangat mudah difahami adalah suatu bentuk serangan balas terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Sangat malang dalam hal ini, di ketika UMNO beriltizam mahu kembali merebut kuasanya yang hilang menjelang PRU akan datang, ada pula segelintir pemimpin sayap Pemuda bahagian-bahagian yang seolah-olah sanggup diperalatkan untuk mengkhianati parti sendiri dan berjuang untuk kepentingan parti lain.

Harus disedari bahawa Zahid Hamidi menang selesa bertanding dalam pemilihan UMNO 2018 lalu dan jika ada pemimpin lain, baik yang kalah atau yang lari daripada perjuangan sebelum ini, tetapi tiba-tiba ingin menguasai kepimpinan UMNO setelah berada dalam kerajaan semula, mereka sepatutnya menunggu pemilihan parti yang dijadual diadakan hujung tahun ini.

Kenapa perlu didesak beliau berundur?

Takutkah untuk bertanding dan bersaing dengan Zahid Hamidi?

Kalau kes mahkamah yang sedang dihadapinya dijadikan alasan, bukankah Zahid Hamidi belum lagi dijatuhi bersalah dan dengan itu beliau tidak harus dianggap telah bersalah sehingga perlu melepaskan jawatannya?

Kalau pun benar mereka yang mendesak Zahid Hamidi berundur itu kerana beranggapan kes mahkamah yang sedang dihadapinya menjejaskan nama UMNO, kenapa mereka tidak berkata apa-apa ketika Bung Mokhtar Radin yang juga sedang berdepan perbicaraan mahkamah, bertanding dalam PRN Sabah dan seterusnya dilantik Timbalan Ketua Menteri tidak lama sebelum ini?

Apa bezanya Bung Mokhtar dengan Zahid Hamidi?

Satu perkara yang harus disedari oleh pemimpin sayap Pemuda UMNO yang ghairah mahu mendesak Zahid Hamidi berundur di mana ia adalah sama dengan kecenderungan sesetengah pemimpin tua dalam parti itu yang terang-terang pro Bersatu, kecenderungan mereka itu bermakna mereka sebenarnya rela dan setuju UMNO ditelan serta dimatikan oleh Bersatu.

Memberi laluan kepada Muhyiddin untuk terus berkuasa lagi, dibantu pula dengan UMNO kemudiannya diambil alih oleh pemimpin yang pro Bersatu, hasrat parti itu untuk kembali berkuasa akan hanya jadi angan-angan saja.

Lebih malang, tidak mustahil selepas itu, UMNO pun hanya tinggal batu nesan sebagai kenang-kenangan perjuangan. –SDT