Gempar !!! Disebalik sokongan Umno, perkara ini merisaukan Muhyiddin

Gempar !!! Disebalik sokongan Umno, perkara ini merisaukan Muhyiddin

Sungguh menarik krisis politik yang tercetus kali ini. Walaupun sesetengah pihak cuba menyalahkan Anwar hingga berlaku krisis ini, namun apabila tersebar surat pemimpin Umno hilang kepercayaan kepada Muhyiddin sedarlah ramai pihak krisis ini sebenarnya antara Umno dan Bersatu.

Apa peranan Anwar? Anwar hanyalah penambah rasa untuk menjadikan krisis kali ini nampak begitu drastik. Krisis politik kali ini sebenarnya tidaklah melibatkan Pakatan Harapan pun sebenarnya. Ia adalah krisis ‘terasa hati’ parti komponen kerajaan PN terhadap layanan ‘abang long’ dalam gabungan yang membentuk kerajaan PN sejak Mac yang lepas.

Apabila agihan jawatan dilihat berat sebelah. Agihan kerusi (PRN Sabah) yang merugikan Umno. Jawatan Ketua Menteri yang terpaksa diserahkan kepada ‘abang long’ kerana gertakan ‘abang long’.

Hendak dilawan, segala kuasa kerajaan berada ditangan konco-konco ‘abang long’. Umno mungkin terheret sehingga diharamkan oleh ‘abang long’ yang nampaknya semakin rakus menggunakan kuasa untuk menundukkan lawan poltiknya walaupun sedang tidur satu bantal dan satu selimut.

Umno hilang punca semenjak berkongsi kuasa dengan ‘abang long’ hingga adik yang kelihatan ‘warak’ itu pun mula membontoti segala kehendak dan kemahuan ‘abang long’ sedangkan adik berbaju hijau ini berjanji sehidup semati dengan Umno dengan laungan keramat Muafakat Nasional.

Tekanan hasilnya membuah tindakan. Hilang kepercayaan sudah memuncak. Lalu disinilah plot ‘berpakat’ dengan Anwar memulakan cerita barunya.

‘Abang Long’ tersepit. Dengan kuasa yang ada maka mahu di ‘darurat’ kan semua rakyat jelata. Hanya kerana Umno telah mula mengatur langkahnya mahu menjatuhkan ‘abang long’.

Setakat ini Umno kelihatan akur dengan permainan licik ‘abang long’. Namun persoalan yang sehingga kini menghantui ‘abang long’ adakah keakuran Umno itu satu kemenangan buat ‘abang long’? Atau satu lagi muslihat licik untuk menjahanamkan hayat ‘abang long’ dalam parlimen kelak.

Apa jadi kepada ‘abang long’ jika sebahagian besar ahli parlimen yang menyokong Najib dan Zahid bepadu tenaga mengambil sikap berkecuali dalam pengundian di parlimen kelak. Mereka akur dengan titah Agong cuma mengambil sikap berkecuali dalam undian. Sudah semestinya nafas ‘abang long’ kembali tercungap-cungap membuat perutusan khas tanda berakhirnya riwayat jawatannya sebagai Perdana Menteri….

Sumber :