Gempar !!! JASA hidup kembali, dapat peruntukan RM81 Juta

Kata mat salleh: “the devil is in the detail…”
Sebelum memuji berlebihan Belanjawan 2021..saya masih menunggu rakan-rakan menghadam buku penuh Belanjawan 2021 yang setebal 531 muka surat. Belanjawan 2021 bukan sekadar 108 muka surat teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan.
Kita akan melihat, membaca dan terkejut dengan isi-isi tersurat dalam Belanjawan 2021. Antaranya penubuhan semula agensi propaganda kerajaan iaitu JASA dengan bajet dari wang pembayar cukai sebanyak RM 81 549 200 atau Ringgit Malaysia Lapan Puluh Satu Juta Lima Ratus Empat Puluh Sembilan Ribu Dua Ratus Ringgit.
Adakah akan ada lagi peruntukan tersembunyi dalam Belanjawan 2021 berunsur politik akan terbongkar sehingga mampu membuatkan ia perlu dipinda atau ditolak?
Anggaran operasi JASA dalam beberapa tahun terakhir adalah seperti berikut:
2011 – RM 21,759,400
2012 – RM 21,392,000
2013 – RM 23,127,100
2014 – RM 24,572,800
2015 – RM 21,718,100
2016 – RM 22,801,000
2017 – RM 22,886,500
2018 – RM 30, 000, 000
2019 – Tutup
2020 – Tutup
2021 – RM81, 000, 000
Sumber :