Gempar !!! Jumlah aset negara meningkat 3% kepada RM3.2 trilion di zaman PH

Gempar !!! Jumlah aset negara meningkat 3% kepada RM3.2 trilion di zaman PH

Kekayaan ekonomi Malaysia dalam bentuk aset meningkat 3.6 peratus kepada RM3.2 trilion pada 2019 berbanding RM3.1 trilion pada 2018.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata nilai aset tetap dalam sektor perkhidmatan adalah yang terbesar pada 67.3 peratus atau RM2.1 trilion berbanding sektor ekonomi lain.

Beliau berkata, sektor perlombongan dan pengkuarian pula menyumbang 17.6 peratus, manakala sektor pembuatan sebanyak 11.9 peratus.

“Tiga sektor ini menyumbang kepada 96.8 peratus nilai aset tetap.

“Dari segi jenis aset pula, Struktur adalah penyumbang utama sebanyak 79.2 peratus disokong oleh perbelanjaan struktur lain dan bukan kediaman.

“Aset ini merekodkan 64.7 peratus daripada keseluruhan struktur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata, jentera dan peralatan pula adalah penyumbang kedua terbesar pada 12.3 peratus manakala aset lain pada 8.5 peratus.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/11/750678/kekayaan-aset-malaysia-meningkat-kepada-rm32-trilion