Gempar !!! Kerajaan PN hilang lagi sokongan seorang ahli parlimen

Gempar !!! Kerajaan PN hilang lagi sokongan seorang ahli parlimen

Tindakan Ketua UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) disifatkan ibarat beliau menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tajuddin Abdul Rahman berkata, secara tidak langsung ini satu lagi pengurangan sokongan ahli Parlimen kepada kerajaan PN.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui selepas ini berapa ramai lagi Ahli Parlimen UMNO yang akan melepaskan jawatan lantikan politik kerajaan PN.

Tajudddin bagaimanapun memaklumkan, secara dasarnya UMNO masih kekal menyokong kerajaan PN selagi tiada keputusan muktamad diputuskan sebaliknya oleh parti.

“Sekarang ini tidak timbul (isu) keluar dari kerajaan (en bloc). Tidak dapat lagi kita lihat apa pendirian (terbaru) parti terhadap kerajaan PN.

“Saya tidak boleh mengesahkan kita akan keluar daripada kerajaan PN… Tapi rasa tidak puas hati terhadap PPBM yang meneraju kerajaan itu memang tidak dapat dinafikan. Ini boleh dilihat apabila 142 ketua bahagian UMNO di seluruh negara menyatakan tidak mahu bekerjasama dengan PPBM,” katanya.

Tajuddin berkata, perkara itu juga akan diputuskan menerusi mesyuarat MKT Rabu ini.

Terdahulu, Jazlan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai pengerusi MPOB, menyusuli kata duanya kepada kerajaan hari ini, berkuat kuasa 6 Jan.

Jazlan ‘mengancam’ melepaskan jawatannya sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Katanya, jawatan pengerusi MPOB adalah “kuota” bagi Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/04/tindakan-ahmad-jazlan-ibarat-tarik-sokongan-terhadap-pn/